PBSM NBD Slideshow

Rabu, 5 Disember 2012

First Aid boxes distributed to selected restaurants

Efna ARS
The Belait Red Crescent Society, with the cooperation of the Kuala Belait and Seria Municipal Board, has handed 'First Aid' boxes to five eateries within the jurisdiction of the Kuala Belait and Seria Municipal Board recently.
 
The five eateries were Serikandi Cafe D' Rest house, Nasi Ayam Bersatu, Waterfront Stall, Ming Fang Restaurant and Chicken King Restaurant.
 
According to Hj Ishak bin Hj Abu Hanifah the Chairman of the Kuala Belait and Seria Municipal Board, the chosen restaurants are under its jurisdiction and were chosen based on the concentration of their customers. Should the need arise; the First Aid facilities will be able to assist the public.
 
Hj Ishak also highlighted that some of the workers were trained in the Basic First Aid Course by the Belait Red Crescent Society. "The initiative is a collaborative one between the Belait Red Crescent Society and the Kuala Belait and Seria Municipal Board to ensure the safety of the public in these selected restaurants. Insya Allah, the initiatives will be extended to other business premises in the future. I would like to thank the Belait Red Crescent Society for their efforts and contribution," said Hj Ishak.
 
The entourage went to each restaurant to officially present the first aid boxes.
 
Officers and staff from the Kuala Belait and Seria Municipal Board were led by Hj Ishak bin Hj Abu Hanifah while committee members of the Belait Red Crescent Society was led by their chairman, Chai Yum Fatt.
 
- Borneo Bulletin Weekend - 1 December 2012.
 

Lima restoran terima kit rawatan awal

Oleh Hajah Saemah Zulkefli



Penyerahan Kit Rawatan Yang Pertama kepada perwakilan Serikandi Kafe dan Restoran D' Rest House.


KUALA BELAIT, 30 Nov - Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait telah mengagihkan kit rawatan awal ke beberapa buah restoran hari ini.
 
Sebanyak lima buah restoran dikenal pasti mempunyai ramai pelanggan, telah menerima kit rawatan itu untuk kemudahan orang ramai jika berlaku kejadian kecemasan ringan yang memerlukan bantuan awal.
 
Restoran-restoran tersebut ialah Serikandi Kafe dan Restoran D' Rest House, Restoran Nasi Ayam Bersatu, Restoran Ming Fang, Gerai Taman Persiaran dan Restoran Chicken King.
 
Penyerahan kit rawatan awal itu dibuat oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria yang juga Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanafiah dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah bersama daerah, Awang Chai Yum Fatt.
 
Awang Haji Ishak ketika bercakap kepada media, menyatakan pengagihan kit rawatan awal itu adalah atas rasa keprihatinan Persatuan Bulan Sabit Merah terhadap kesejahteraan orang awam agar dapat dimanfaatkan jika berlaku sebarang kecemasan dan kecederaan kecil.
 
Persatuan juga menghantar pekerja-pekerja restoran untuk menyertai kursus Bantuan Kecemasan yang dilaksanakan semenjak tahun lalu.
 
Kursus tersebut, tambahnya dilakukan secara dua peringkat dan setiap peringkat disertai oleh seramai 30 orang pekerja. Manakala dalam masa terdekat jabatan itu dengan kerjasama persatuan berkenaan juga akan memberikan kursus yang sama kepada pekerja di restoran-restoran yang lain di bawah kawalan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
 
Pengagihan Kit Rawatan Awal tajaan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Belait Awang Chai Yum Fatt yang juga Pengarah Syarikat Asia Enterprise bersama beberapa orang ahli jawatankuasa persatuan tersebut antaranya Awang Chung Ying Ngee Pengarah Urusan Syarikat Andromedia Sdn Bhd, Awang Lim Thian Ming Pengarah Urusan Lim And Ho Employment Agency dan Awang Chiam Toon Kwang Pengarah Urusan Chiam Engineering Construction, merupakan yang pertama kali dilakukan dan ianya dijangka akan diperpanjang kepada restoran-restoran lainnya dalam sedikit masa lagi.
 
Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Haji Ishak juga menasihatkan kepada pengurus-pengurus restoran yang telah diagihkan Kit Rawatan Awal supaya sentiasa menggunakannya sebaik mungkin dan sentiasa mengisikannya supaya tidak dibiarkan kosong semata-mata bagi keperluan bersama terutama sekali mereka yang cedera jika berlaku sebarang kejadian kecemasan.
 
 
- Media Permata - Sabtu/Ahad - 1/2 Disember 2012