PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 31 Julai 2009

70 Teachers Join First Aid Course

(By Liza Mohd, Borneo Bulletin Weekend, Saturday April 25, 2009)

National Red Crescent Association Training and Development Officer Jimmy Foo (R) demonstrating the proper way to deal with hand injuries. - LIZA Mohd


Seventy teachers from Anthony Abel College (AAC) in Seria attended a first aid training course yesterday to learn proper life saving skills।On hand to conduct the training were Belait Red Crescent Association Commanding Officer Awang Haris bin Abdul Latip and National Red Crescent Association Training and Development Officer Jimmy Foo.
Foo said the course provides the skills and knowledge to undertake first aid duties at all times, while ensuring the first aiders feel confident and competent in their life saving skills.
During the course, teachers learnt basic first aid and how to treat some of the common injuries.
The teachers were also taught how to treat minor and severe cuts and scrapes, as well as tackle broken bones and other emergencies.
"Basically, first aid is a way to stabilise an injury until professional medical personnel arrive," added Foo.
The one-day course also saw the teachers learn CPR, which is a vital part of the first aid training.

Khamis, 30 Julai 2009

70 guru Maktab Anthony Abell Sertai Kursus Pertolongan Cemas

(Oleh: Hjh Saemah Zulkefli, Media Permata Sabtu/Ahad, 25/26 April 2009)
SERIA, Jumaat - Kira-kira 70 guru Maktab Anthony Abell dekat sini menyertai Kursus Pertolongan Cemas yang diadakan selama dua hari.
Kursus berkenaan dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan daerah Belait dan yang pertama kali diadakan pada tahun ini di peringkat sekolah.

Antara lain kursus terbabit untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pentingnya Pertolongan Cemas bagi setiap individu selain boleh memberikan pengetahuan kepada guru dalam menghadapi kecemasan yang berlaku ketika menjalankan tugas seharian.

Di samping itu kursus berkenaan juga untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan pertolongan cemas untuk menubuhkan Kelab Bulan Sabit Merah di maktab berkenaan dan bagi perkembangan profesional guru maktab.

Sepanjang kursus berkenaan peserta diberikan ceramah dan penerangan pengenalan mengenai Pertolongan Cemas serta mengenai tindakan yang perlu dilakukan jika menghadapi mereka yang memerlukan bantuan kecemasan termasuk yang mengalami masalah pernafasan.

Di samping itu peserta juga diberikan penjelasan mengenai dengan penggunaan CPR bagi memulihkan mereka yang tidak boleh bernafas.

Sementara itu pada hari kedua peserta pula ditunjukkan cara mencuci dan membalut luka, rawatan orang pengsan, rawatan patah, pendarahan hidung, dan cara mengangkat orang yang cedera.

Kursus itu dikendalikan lima pegawai persatuan itu dan ceramah disampaikan Pegawai Latihan dan Perkembangan Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah, Jimmy Foo dan Pegawai Komandan Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Belait Awang Haris Abd Latip.

Pada hari terakhir kursus itu hari ini peserta juga diberikan peluang untuk mencuba sendiri secara praktikal cara memberikan bantuan cemas.

Ceramah dan tunjuk cara memberikan pertolongan cemas telah dikendalikan oleh Pegawai Latihan dan Perkembangan Kebangsaan Jimmy Foo dan Pegawai Komandan Awang Haris Abd Latip bersama beberapa orang pegawai lain



Selasa, 28 Julai 2009

Pengenalan Blog

As-salaamu 'alaikum! Blogspot ini akan memuatkan sebarang aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM NBD) sama ada pada peringkat persatuan atau pertubuhan sekolah yang dipetik dan diambil secara bebas dari media online dengan menyatakan nama media & tarikh terbitan tanpa mengubah isi asal laporan/berita. Adakalanya ia memuatkan pandangan blogger yang bukan mewakili pandangan ahli PBSM NBD walaupun terdapatnya persamaan.

Sebarang teguran khususnya berkenaan dengan blog ini atau tentang PBSM NBD boleh diajukan kepada: bruneiredcrescentsociety@gmail.com

Inter Arma Caritas!