Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun) sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.
Tanda-tandanya:
- Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
- Mangsa mengalami sakit abdomen.
- Cirit birit mungkin terjadi.
- Tanda-tanda terkejut.
- Mungkin tidak sedarkan diri.
Arahan merawat:
- Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
- Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
- Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
- Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
- Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
Racun Aerosol:
Tanda keracunan: Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
Rawatan kecemasan: Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. Hirup udara segar di ruang terbuka. Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak. Selepas itu, bolehlah diberikan 2 – 5 titis ubat mata bagi setiap mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan