PBSM NBD Slideshow

Ahad, 12 September 2010

Lahirkan rasa gembira dapat menatap wajah dan bersalaman dengan raja dikasihi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 September. - Pengalaman berhari raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman merupakan suatu peristiwa yang indah dan sukar dilupakan dalam urutan kenangan seseorang.

Berkunjung ke tempat yang paling indah di negara ini dalam suasana yang penuh keceriaan dan kegembiraan merupakan suatu kesempatan yang sukar diperolehi pada hari-hari kebiasaannya apatah lagi pada saat ini kita juga dapat menatap secara dekat dan bersalaman dengan raja yang disayangi sambil mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'.

Peluang seumpama ini jelas digambarkan melalui beberapa orang pengunjung yang ingin sama-sama mengongsikan kegembiraan mereka pada hari ini.

Paul Chiew Yun Choi dari Persatuan Bulan Sabit Merah melahirkan perasaan gembira kerana dapat manfaatkan kesempatan pada hari ini dengan sebaik-baiknya untuk berkunjung dan bersalaman dengan para kerabat di raja khususnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selain dapat memberikan perkhidmatan kepada orang ramai yang hadir di sini.

PAUL Chiew Yun Choi dari Persatuan Bulan Sabit Merah melahirkan perasaan gembira dapat menjunjung ziarah dan bersalaman dengan kerabat diraja.

(Foto : Mohd. Sharizal Hj. Said)

Dalam kesempatan ini juga beliau berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana pada tahun ini persatuan tersebut telah di beri peluang untuk memberi khidmat semasa istana terbuka.

Menyentuh kemeriahan berhari raya di Istana Nurul Iman beliau menyatakan bahawa paling istimewa dapat melihat sendiri betapa gembiranya rakyat dan penduduk di negara ini untuk bertemu dengan pemimpin yang dikasihi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta ahli kerabat yang lain jelas terpancar dari raut wajah masing-masing.

(Ruang berita yang diedit)

(Oleh : Abu Bakar Hj. Abdul Rahman) - Pelita Brunei Online



Tiada ulasan: