PBSM NBD Slideshow

Ahad, 5 Disember 2010

Sengatan Serangga

Sengatan lebah, penyengat atau tebuan boleh menyebabkan kesakitan dan merbahaya. Jika disengat oleh sekumpulan salah satu dari serangga ini, ia boleh membawa maut. Jika disengat di leher atau di mulut maka bengkak yang teruk akan terjadi. Serangga lain yang memberikan sengatan bisa ialah kala jengking dan lipan.

Tanda-tanda sengatan:
- Sakit yang amat sangat di tempat yang disengat
- Bengkak di sekeliling tempat yang disengat dengan titik merah di tengah-tengah
- Mengakibatkan kejutan dan tidak sedarkan diri

Sengatan lebah:

Lebah

Cara merawat:
- Jika sengat tertanam dalam kulit, gunakan angkub/penyepit. Halakan penyepit hampir dengan kulit kemudian sepit sengat dan keluarkan
- Oleh kerana sengatan lebah bertindakbalas dengan asid, ia boleh dirawat dengan menyapukan sedikit soda atau ammonia.

Sengatan Penyengat


Cara merawat:
1. Keluarkan sengatnya (sama seperti sengat lebah) dengan menggunakan angkub/penyepit
2. Sengat penyengat bertindak balas dengan alkali, ia boleh dirawat dengan menyapukan sedikit cairan asid yang lemah seperti cuka atau air asam limau.



Sengatan Tebuan


Cara merawat:
1. Sengatan tebuan adalah bisa. Jangan cuba mengeluarkan sengatnya
2. Jangan benarkan mangsa menyentuh tempat sengatan
3. Kikis kulit di tempat sengatan dengan teliti sehingga sengatnya kelihatan
4. Kemudian letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan
5. Dapatkan rawatan doktor



1 ulasan:

Dr Akbar Abdullah berkata...


Petua yang menarik. Sengatan lebah juga boleh menyebabkan tindakbalas alahan dan anafilaksis iaitu tekanan darah menjadi rendah, sesak nafas, pening kepala, palpitasi dan koma. Oleh itu, bagi mereka yang disengat lebah dengan banyak atau pernah mempunyai sejarah alahan seperti lelah, sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin.