PBSM NBD Slideshow

Ahad, 8 Mei 2011

30 peserta Kursus Pertolongan Kecemasan menerima sijil

TEMBURONG, Selasa, 3 Mei. - Seramai 30 peserta yang menamatkan Kursus Pertolongan Kecemasan menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaian Sijil berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini.

Penyampaian sijil bagi kursus tiga hari itu disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Haris bin Othman.

PEMANGKU Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Haris bin Othman menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Kursus Pertolongan Kecemasan berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar. (Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)


Selama kursus yang diadakan sejak 30 April lalu, para peserta didedahkan dengan beberapa demonstrasi dan latihan amali tatacara pertolongan kecemasan seperti membalut kecederaan, menyelamatkan seseorang tercekik dan posisi pemulihan.


Selain itu mereka juga mendengarkan ceramah tentang sistem pernafasan, penyebab saluran pernafasan tersumbat dan tindakannya, kecemasan perubatan dan kecemasan persekitaran.

Kursus antara lain bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang cara-cara pengendalian pertolongan kecemasan serta kaedah dan cara rawatan CPR yang lebih bersistematik yang dapat diaplikasikan kepada orang ramai terutamanya para penduduk kampung pedalaman.

BERGAMBAR RAMAI ... Para peserta kursus mengabadikan gambar kenangan setelah menamatkan Kursus Pertolongan Kecemasan bagi Daerah Temburong bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar Temburong.(Foto : Ampuan Hj. Mahmud Ampuan Hj. Tengah)


Dengan adanya kursus seumpamanya diharap akan dapat memantapkan lagi pemberian perkhidmatan kesihatan bagi mereka yang memerlukan di samping memberikan rawatan segera kepada ahli keluarga, teman sekerja atau orang ramai jika berlaku kemalangan sementara menunggu ketibaan kakitangan perubatan yang mahir.


Tenaga pengajar bagi kursus anjuran bersama Pusat Perkembangan Sumber Tenaga Manusia Ong Sum Ping dengan kerjasama Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM), Temburong itu didatangkan dari Pusat Resusitasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan.


(Oleh : Hezlinawati Hj. Abdul Karim)


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hey there and thank you for your info – I've certainly picked up something new from right here. I did however expertise some technical points using this site, as I experienced to reload the web site a lot of times previous to I could get it to load properly. I had been wondering if your web hosting is OK? Not that I am complaining, but slow loading instances times will often affect your placement in google and could damage your quality score if ads and marketing with Adwords. Well I'm adding this RSS to my email and can look out for a lot more of your
respective exciting content. Make sure you update this again
very soon.

Also visit my weblog :: garcinia cambogia where to but