PBSM NBD Slideshow

Isnin, 18 Julai 2011

Majlis santap Hari Keputeraan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Yusrin dan Yuddin Hb







Baginda Sultan beramah mesra.


BANDAR SERI EBGAWAN, 17 Julai - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha malam ini berkenan berangkat ke Majlis Persantapan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke 65, untuk anggota-anggota beruniform Diraja Brunei.


Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wasir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.


Turut berangkat ke Majlis Santap Malam yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada malam hari ini, ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, serta kerabat-kerabat Diraja yang lain.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan untuk berziarah dan beramah mesra bersama Menteri-Menteri Kabinet, dan diteruskan beramah mesra bersama anggota-anggota beruniform Diraja Brunei.


Memberkati majlis persantapan diraja dengan membacakan doa kesyukuran sempena sambutan hari puja usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia disempurnakan oleh Mufti Kerajaan,Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Abdul Aziz Juned.


Berangkat dan hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri dan Manteri-manteri Pendalaman dan para perwakilan asing ke negara ini serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.


-Media Permata Online - Isnin, 18 Julai 2011.

Tiada ulasan: