BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos - Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Brunei Muara telah mengadakan aktiviti kerja amal membersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Halangan, Kampung Tamoi, di sini, petang tadi.
Aktiviti itu dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei Muara yang terdiri daripada guru-guru pengawas dan penuntut-penuntut sekolah menengah seluruh Daerah Brunei Muara.
Aktiviti itu merupakan salah satu projek tahunan Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Brunei dan Muara bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengumpulkan semua warga lama dan baru Persatuan Bulan Sabit Merah dari semua peringkat untuk saling kenal mengenali bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat bersatu padu, bekerjasama dan melahirkan sifat amal kemanusiaan serta khidmat sukarelanya yang murni demi agama, bangsa dan negara.
Aktiviti juga diselajurkan dengan membaca Yasin dan Tahlil bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.
-Media Permata - Sabtu/Ahad, 27/28 Ogos 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan