Wakil daripada Baiduri Finance menyerahkan poster kepada tetamu kehormat.
Wakil daripada Insurans Islam Taib menyerahkan poster kepada tetamu kehormat.
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov - Jabatan kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan
agensi-agensi swasta hari ini menganjurkan Peraduan Mewarna untuk
Sekolah-Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam, bertempat di Dewan Pusat
Belia BSB.
Peraduan Melukis dan Mewarna tersebut yang diadakan sempena Kempen Kesedaran
Keselamatan Jalan Raya, terbuka kepada semua sekolah rendah di negara ini dan
dibahagikan kepada dua kategori iaitu Melukis untuk Sekolah Rendah Atas bagi
Pelajar tahun 4, 5 dan 6 dan kategori Mewarna bagi pelajar Tahun 1 hingga 3.
Menurut kenyataan Jabatan Kokurikulum, sebanyak 65 buah sekolah rendah
kerajaan dan swasta dari keempat-empat daerah, terdiri daripada tiga sekolah
rendah dari Temburong, lima sekolah rendah dari Belait, 12 sekolah rendah dari
Tutong, 12 buah sekolah dan selebih dari daerah Brunei Muara, mengambil bahagian
dalam acara tersebut.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan di mana seramai 165 pelajar
menyertai kategori Mewarna dan manakala 90 pelajar lagi menyertai kategori
Melukis.
Menurut kenyataan itu lagi, peraduan ini bertujuan memberi kesedaran kepada
para pelajar dan ibu bapa tentang keselamatan di jalan raya selain untuk
mengeratkan lagi hubungan di antara sekolah, pelajar dan ibu bapa.
Majlis Penyerahan Banner dan Poster Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya,
Negara Brunei Darussalam, turut diadakan di dewan yang sama oleh Pengurus
Pembangunan Perniagaan Baiduri Finance Berhad, Haji Mohammad Rayne bin Hj Bakri
kepada tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum,
Kementerian Pendidikan.
Turut menyerahkan poster kesedaran keselamatan jalan raya kepada tetamu
kehormat ialah pihak Insurans Islam TAIB dan Presiden Persatuan Bulan Sabit
Merah.
Media Permata Online - Selasa, 13 November 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan