PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 25 Jun 2010

Hidung Berdarah

Hidung berdarah biasanya terjadi disebabkan oleh pembuluh darah yang pecah di dalam lubang hidung. Hidung berdarah boleh terjadi selepas hidung ditumbuk, dicungkil, bersin atau dikesang. Perubahan suhu persekitaran juga memungkinkan terjadinya perkara ini dan biasanya berlaku pada waktu pagi. Hidung yang berdarah yang disebabkan oleh perkara ini dinamakan sebagai 'tikus-tikusan'.

Hidung berdarah boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

Tanda:
  • Darah kelihatan mengalir keluar dari hidung

Arahan:

  1. Suruh mangsa duduk dengan tenang dan kepalanya ke depan. Jangan benarkan mangsa mendongak.
  2. Suruh mangsa bernafas melalui mulut dan memicit bahagian hidung yang lembut.
  3. Jika pendarahan tidak berhenti selepas 10 minit, teruskan rawatan selama 10 minit lagi.
  4. Suruh pesakit membersihkan sekeliling hidungnya dengan menggunakan kain kasa yang direndam dalam air suam. Jangan menyumbat hidung.
  5. Apabila pendarahan dapat dihentikan, nasihatkan mangsa supaya tidak mengusik hidungnya untuk selama beberapa jam.
  6. Jika pendarahan berterusan atau berlaku semula, sila dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Tiada ulasan: