KIARONG, 6 Jun. – Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam diseru agar merancang program pendidikan untuk ahli-ahli supaya menjurus kepada melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan dasar penubuhan persatuan itu.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain berkata, sebagai salah sebuah pertubuhan NGO yang tertua di negara ini kewibawaannya semakin kukuh dan digalati dengan adanya perancangan program-program pendidikan yang terarah.
“Program pendidikan merupakan ‘part and parcel’ sesebuah persatuan yang mengusahakan kepentingan terbaik ‘the best interest’ ahli-ahlinya,” jelas Yang Berhormat semasa merasmikan Hari Bendera 2002 persatuan itu di sini.
Yang Berhormat seterusnya menyeru semua pihak dalam persatuan itu supaya sama-sama melibatkan diri dengan pihak kerajaan dalam menangani isu-isu kebajikan dan kesejahteraan di kalangan mereka yang memerlukan seperti orang-orang kurang upaya dan golongan warga tua.
Menyentuh mengenai mutu program pendidikan Pertolongan Cemas (First Aid), Yang Berhormat menyarankan agar ia dipertingkatkan dan diberikan secara menyeluruh kepada semua ahli bagi membolehkan mereka membantu orang ramai pada bila-bila masa diperlukan.
Di samping itu, Yang Berhormat menggesa supaya persatuan itu meningkatkan kegiatan kerja-kerja amal dan kebajikan di seluruh negara dan sama-sama menangani gejala-gejala sosial dalam masyarakat khususnya golongan remaja dengan menganjurkan program-program pendidikan yang menjurus kepada disiplin diri.
Majlis Perasmian Hari Bendera 2002 yang berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah di sini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Haji Abdul Alim bin Haji Othman.
Jualan bendera yang merupakan projek tahunan persatuan itu telah bermula pada 14 Jun lepas. Projek seumpama itu dapat memupuk semangat sukarela di kalangan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sama ada di negara ini, serantau mahupun di peringkat antarabangsa.
Seperti lazimnya upacara menaikkan bendera persatuan telah dilangsungkan di majlis tersebut.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain menyerahkan tabung kepada salah seorang anggota Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei DarussalamMenteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain berkata, sebagai salah sebuah pertubuhan NGO yang tertua di negara ini kewibawaannya semakin kukuh dan digalati dengan adanya perancangan program-program pendidikan yang terarah.
“Program pendidikan merupakan ‘part and parcel’ sesebuah persatuan yang mengusahakan kepentingan terbaik ‘the best interest’ ahli-ahlinya,” jelas Yang Berhormat semasa merasmikan Hari Bendera 2002 persatuan itu di sini.
Yang Berhormat seterusnya menyeru semua pihak dalam persatuan itu supaya sama-sama melibatkan diri dengan pihak kerajaan dalam menangani isu-isu kebajikan dan kesejahteraan di kalangan mereka yang memerlukan seperti orang-orang kurang upaya dan golongan warga tua.
Menyentuh mengenai mutu program pendidikan Pertolongan Cemas (First Aid), Yang Berhormat menyarankan agar ia dipertingkatkan dan diberikan secara menyeluruh kepada semua ahli bagi membolehkan mereka membantu orang ramai pada bila-bila masa diperlukan.
Di samping itu, Yang Berhormat menggesa supaya persatuan itu meningkatkan kegiatan kerja-kerja amal dan kebajikan di seluruh negara dan sama-sama menangani gejala-gejala sosial dalam masyarakat khususnya golongan remaja dengan menganjurkan program-program pendidikan yang menjurus kepada disiplin diri.
Majlis Perasmian Hari Bendera 2002 yang berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah di sini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Haji Abdul Alim bin Haji Othman.
Jualan bendera yang merupakan projek tahunan persatuan itu telah bermula pada 14 Jun lepas. Projek seumpama itu dapat memupuk semangat sukarela di kalangan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sama ada di negara ini, serantau mahupun di peringkat antarabangsa.
Seperti lazimnya upacara menaikkan bendera persatuan telah dilangsungkan di majlis tersebut.
--Pelita Brunei – Jun 2002
Tiada ulasan:
Catat Ulasan