PBSM NBD Slideshow

Khamis, 2 Ogos 2012

Berikrar tumpukan taat setia


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 15 Julai. - Seluruh lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam amat bersyukur kerana dapat merayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-66 dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

Seluruh rakyat juga menjunjung kasih atas kebijaksanaan kepimpinan baginda yang adil dan saksama yang berjaya membawa bumi bertuah ini mencapai kemajuan dan kesejahteraan di samping meletakkan bumi Darussalam ini sebagai sebuah negara yang berdaya saing.

Dalam pendekatan wakil PELITA BRUNEI dengan pegawai dan kakitangan berpakaian seragam di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien pagi tadi, mereka dengan penuh ceria berikrar menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.


(Edited)


Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Muhd. Suhaimi bin Haji Ibrahim, 30, ketika ditemui menjelaskan, tiga tugas yang dikendalikan setiap tahun termasuk perbarisan kehormatan, memberi bantuan perubatan bersama Kementerian Kesihatan dan menjaga kesejahteraan penuntut-penuntut sekolah.

PENGARAH Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Muhd. Suhaimi bin Haji Ibrahim. (Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)


Jelasnya, ahli-ahli yang bertugas seramai 120 orang iaitu 100 orang menjaga di luar benteng bermula daripada Taman Haji Sir Muda hingga ke Ranggas dan 20 lagi bertugas dalam khemah bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Perubatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan MRS.

Majoriti para penuntut yang melibatkan diri dalam sambutan tahun ini tambahnya adalah daripada persatuan di sekolah masing-masing yang di bawa bekerja bersama dalam komuniti (masyarakat).

"Pihak Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei dan Muara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Puja Usia Baginda Ke-66 Tahun di samping memanjatkan rasa syukur agar baginda dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki," katanya.

(Oleh : Nooratini Haji Abas)

Pelita Brunei - Isnin - 16 Julai 2012.





Tiada ulasan: