PBSM NBD Slideshow

Isnin, 4 Januari 2010

Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR)

Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, awda perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan.

Ingat petua S-P-P:

S – Saluran Udara: Pastikan saluran udara terbuka
P – Pernafasan: Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan meng-
oksigenkan darah
P – Peredaran – Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada

Caranya:
S – SALURAN UDARA TERBUKA
1. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut.
2. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan
3. Tarik rahangnya ke atas

P – PERNAFASAN
1. Letakkan mulut awda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut awda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus.
2. Alihkan mulut awda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.
3. Jika awda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak.
4. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih.
5. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

P – PEREDARAN (MAMPATAN LUAR DADA)
Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini:
1. Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
2. Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan awda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
3. Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang awda buat ini adalah menekan jantung mangsa, memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
4. Selepas 15 mampatan, berikan 2 bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 15 kepada 2 sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.



Perhatian: Jika awda belum pernah mempelajari kaedah ini, jangan cuba-cuba untuk melakukannya pada seseorang pesakit/mangsa. Dapatkan latihan secara amali/praktikal dari pihak PBSM NBD atau dari Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


[url=http://shenenmaoyii.shutterfly.com/][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shenenmaoyi.sosblogs.com/The-first-blog-b1/Est-ce-que-votre-organisation-Envoyer-Guides-Utilisez-Sacs-postale-b1-p1.htm][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shenenmaoyii.exteen.com/20130102/trendy-bean-bags-exceptionnels-styles-et-de-mod-232-les-qui-][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shensacens.bravesites.com/][b]sac longchamp[/b][/url]
[url=http://shensacens.insanejournal.com/][b]sac longchamp[/b][/url]

Tanpa Nama berkata...

[url=http://ph-pills.com/item/viagra.html]order viagra[/url]

Tanpa Nama berkata...

if you are having a hard time finding some free psn codes
then you need to go to [url=http://psngenerator.info]Psn Generator[/url]