PBSM NBD Slideshow

Ahad, 12 Disember 2010

Kursus Bantuan Kecemasan tingkat pengetahuan peserta

Oleh Hajah Saemah Zulkefli

KUALA BELAIT, Khamis - Sebagai menambahkan lagi kesedaran tentang pentingnya memberikan bantuan kecemasan dan menyelamatkan nyawa kepada mereka yang memerlukan, Persatuan Bulan Sabit Merah Belait dengan kerjasama Hospital Suri Seri Begawan Belait menganjurkan Kursus Bantuan Kecemasan selama dua hari bertempat di Unit Kakitangan Pembangunan Profesional hospital berkenaan dekat sini.

Kursus tersebut telah disertai oleh guru-guru daripada sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah daerah ini. Guru-guru yang dilibatkan dalam kursus tersebut adalah di kalangan ketua-ketua Persatuan Bulan Sabit Merah yang ditubuhkan di sekolah-sekolah seperti Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Sekolah Menengah Perdana Wazir, Sekolah Menengah PAP Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah Lumut dan Sekolah Chung Lian.

Pada hari pertama kursus tersebut para peserta telah diperkenalkan dengan kursus-kursus bantuan kecemasan dan juga telah diberikan taklimat penerangan mengenainya. Selain mereka juga telah diberikan latihan praktikal memberikan bantuan kecemasan kepada orang-orang yang pengsan atau mengalami kecederaan.

Di samping itu para peserta juga turut diajarkan tentang teknik-teknik yang betul mengikatkan kain pembalut, dan juga cara memposisikan badan orang yang mendapat kecederaan dan sebagainya.

Kursus dua hari itu telah dikendalikan oleh empat orang pengajar dan dua orang penyelaras dan telah berakhir hari ini dengan penyampaian sijil penyertaan.

- Media Permata Online - Jumaat, 10 Disember 2010.


Rabu, 8 Disember 2010

Melawat Cawangan Bulan Sabit Merah Tutong


TUTONG – Selasa – Sekumpulan 15 orang anggota Palang Merah dari Singapura hari ini mengadakan lawatan ke Cawangan Bulan Sabit Merah Daerah Tutong. Rombongan itu disambut oleh Pengarah Bulan Sabit Merah Daerah Tutong Awang Haji Abu Bakar Duraman.


Bergambar ramai dengan Palang Merah Singapura

(Laporan dan gambar oleh Sha’ari HZ)

(Media Permata, Khamis, 09 Disember 2004)

SINGAPORE RED CRESCENT HERE ON A MISSION

A group of Singapore Red Crescent members Tuesday paid visits to both their Tutong and Kuala Belait counterparts, in hopes of fostering stronger ties. At the Belait headquarters, the visiting delegation was brief by Red Crescent Officer Hj Bidin bin Che Drahman. The group also dropped by Belait District Office, where they were greeted on arrival by Special Duties Office Awg Hj Sueb Rizal bin Haji Abd Malek.


(News & Photo By Sha’ari HZ and Salenawati bte Hj Md Saji)

(Borneo Bulletin, Thursday 9 December 2004)


Selasa, 7 Disember 2010

Red Crescent seeks more volunteers


Saturday, November 13, 2010


THE Red Crescent Society is intensifying its recruitment efforts by roping in more veteran volunteers. Secretary General of the Brunei Red Crescent Society, Hj Julaini Hj Latif told The Brunei Times on the sidelines of the society's annual general meeting yesterday that that they had some difficulties and constraints compared to other Red Crescent societies in the region.

He explained that as majority of the society's members were students,most of the activities were limited to weekends even then, he added, "we cannot totally rely on the children because they have a commitment to school and exam preparations".

Brunei Red Crescent Society Deputy President, Datin Hjh Siti Hajar POKSS Dato Paduka Hj Mohammad Yusof presenting promotion letters yesterday to four members of the organisation.
Picture: BT/Adam Radhi

In light of the circumstance it is on the organisation's agenda to "enhance recruitment" by widening the scope to include "veterans, adults, and especially those who have retired and (are) interested to continue (volunteer service)".

Hj Julaini said that the best medium for potential volunteers to contact the organisation at the moment would be to email bdredcrescent@gmail.com as they were in the process of developing a blog in their website.

Asked about the society's achievements over the years, Hj Julaini said, "We are making steady progress; slow but definitely steady."

"In March this year, we were given the responsibility and trust by the International Federation for Red Crescent (IFRC) for Brunei to host an Asean meeting on Red Crescent societies (in the region)."

He shared that the society has secured close working ties with the Accident and Emergency Department at the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (Ripas) Hospital as there were times where they needed the Red Crescent members to help them and at the same time they coached and trained the members as well.

He said during the flood on September 9, this year the society had lent its services wherever necessary and as a result became one of the members on standby for the National Disaster Management Centre.

Asked whether the society has extended their aid across domestic borders, for instance the recent tsunami and earthquake in Indonesia, the secretary general said, "during that time we did not actually go there, but we were ready with a small team".

He added, "The system here is (such that) we can not simply go. We have to wait and get permission from the responsible departments."

Asked if there is a core group of members who can assign and relieve people of positions, Hj Julaini replied, "In principle its a voluntary (organisation)," adding that in all his service he has not experienced such and that "position comes second" to "how best we can give our service".

THE BRUNEI TIMES


Ahad, 5 Disember 2010

Sengatan Serangga

Sengatan lebah, penyengat atau tebuan boleh menyebabkan kesakitan dan merbahaya. Jika disengat oleh sekumpulan salah satu dari serangga ini, ia boleh membawa maut. Jika disengat di leher atau di mulut maka bengkak yang teruk akan terjadi. Serangga lain yang memberikan sengatan bisa ialah kala jengking dan lipan.

Tanda-tanda sengatan:
- Sakit yang amat sangat di tempat yang disengat
- Bengkak di sekeliling tempat yang disengat dengan titik merah di tengah-tengah
- Mengakibatkan kejutan dan tidak sedarkan diri

Sengatan lebah:

Lebah

Cara merawat:
- Jika sengat tertanam dalam kulit, gunakan angkub/penyepit. Halakan penyepit hampir dengan kulit kemudian sepit sengat dan keluarkan
- Oleh kerana sengatan lebah bertindakbalas dengan asid, ia boleh dirawat dengan menyapukan sedikit soda atau ammonia.

Sengatan Penyengat


Cara merawat:
1. Keluarkan sengatnya (sama seperti sengat lebah) dengan menggunakan angkub/penyepit
2. Sengat penyengat bertindak balas dengan alkali, ia boleh dirawat dengan menyapukan sedikit cairan asid yang lemah seperti cuka atau air asam limau.



Sengatan Tebuan


Cara merawat:
1. Sengatan tebuan adalah bisa. Jangan cuba mengeluarkan sengatnya
2. Jangan benarkan mangsa menyentuh tempat sengatan
3. Kikis kulit di tempat sengatan dengan teliti sehingga sengatnya kelihatan
4. Kemudian letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan
5. Dapatkan rawatan doktor



Selasa, 26 Oktober 2010

BDRCS attends SEA Youth Director Meeting


BANDAR SERI BEGAWAN, September 21 - Two officers of the Brunei Darussalam Red Crescent Society (BDRCS) will be representing Brunei Darussalam at the 8th Southeast Asia Youth Director Meeting and 1st Youth Leaders Forum scheduled to take place in Phnom Penh, Cambodia from September 21 to 23, 2010.

The two officers representing BDRCS are Awang Haji Muhammad Suhaimi bin Haji Ibrahim and Awang Mohammad Rosdi bin Haji Ruslan who are respectively Commander and Assistant Commander in BDRCS. Awang Haji Muhammad Suhaimi will be attending the Youth Director Meeting while Awang Muhammad Rosdi will be attending the Youth Leaders Forum.

Present to bid farewell at the Brunei International Airport is a member of BDRCS National Council, Haji Julaini bin Haji Abd Latip (Director of Development and Training).

The meeting and forum will provide another opportunity to all youth leaders and practitioners from South East Asia National Societies to review the achievement in 2009, the challenges, lesson learned and the new thought that need to be contributed in the future.

It is undoubtedly beneficial for BDRCS as it provides a platform to share and learn new and valuable approaches to youth movements with other participants.

The meeting and forum is jointly organised by IFRC Cambodia Country Office and the Cambodian Red Cross (CRC). It is an annual event and each SEA Red Cross/Crescent Societies will be given the opportunity to be the host country.

This year’s meeting will focus on several key themes, namely Youth Empowerment; Youth & Governance; Youth & Leadership; Youth & Fundraising; Youth Forum/Club/Network. These themes are aligned with the Federation Strategic 2020 themes which is ‘doing more, doing better, and reaching further’.

- Brunei Darussalam Newsletter online, 22 September 2010)

Selasa, 5 Oktober 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Bulan Sabit Merah NBD

Oleh Imelda Farrah Zohre HA


Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah NBD (tengah) ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei Muara menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Setia Negara, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas, di sini, hari ini.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan "Rumah Terbuka Persatuan Bulan Sabit Merah" itu adalah yang pertama kalinya diadakan melibatkan semua peringkat Persatuan Bulan Sabit Merah dari ke empat-empat daerah termasuk peringkat kebangsaan dan dijangka akan menjadikan projek seumpamanya sebagai projek tahunan.

Antara lain sambutan itu diadakan ialah untuk mengumpulkan semua warga Persatuan Bulan Sabit Merah yang sudah lama bergiat mahupun yang baru bergiat dari semua peringkat untuk saling kenal mengenali dan beramah mesra bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk semangat bersatu padu, bekerjasama dan melahirkan sifat kekeluargaan di dalam berpersatuan.

Sambutan juga diselajurkan dengan majlis doa kesyukuran di atas terlaksananya dan berjalan lancarnya aktiviti-aktiviti yang telah pun dijalankan sepanjang bulan Ramadan termasuklah penyertaan persatuan memberi bantuan kepada pihak EMAS Hospital RIPAS dalam beberapa acara seperti Majlis Kurnia Peribadi Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 di keempat-empat daerah serta Sambutan Junjung Ziarah Hari Raya di Istana Nurul Iman pada tahun ini dengan memberikan khidmat sukarela yang murni demi agama, bangsa dan negara.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Siti Hajah POKSS DP Haji Mohd Yusof.

-Media Permata Online - 4 Oktober 2010.



Ahad, 12 September 2010

Lahirkan rasa gembira dapat menatap wajah dan bersalaman dengan raja dikasihi

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 September. - Pengalaman berhari raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman merupakan suatu peristiwa yang indah dan sukar dilupakan dalam urutan kenangan seseorang.

Berkunjung ke tempat yang paling indah di negara ini dalam suasana yang penuh keceriaan dan kegembiraan merupakan suatu kesempatan yang sukar diperolehi pada hari-hari kebiasaannya apatah lagi pada saat ini kita juga dapat menatap secara dekat dan bersalaman dengan raja yang disayangi sambil mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'.

Peluang seumpama ini jelas digambarkan melalui beberapa orang pengunjung yang ingin sama-sama mengongsikan kegembiraan mereka pada hari ini.

Paul Chiew Yun Choi dari Persatuan Bulan Sabit Merah melahirkan perasaan gembira kerana dapat manfaatkan kesempatan pada hari ini dengan sebaik-baiknya untuk berkunjung dan bersalaman dengan para kerabat di raja khususnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selain dapat memberikan perkhidmatan kepada orang ramai yang hadir di sini.

PAUL Chiew Yun Choi dari Persatuan Bulan Sabit Merah melahirkan perasaan gembira dapat menjunjung ziarah dan bersalaman dengan kerabat diraja.

(Foto : Mohd. Sharizal Hj. Said)

Dalam kesempatan ini juga beliau berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana pada tahun ini persatuan tersebut telah di beri peluang untuk memberi khidmat semasa istana terbuka.

Menyentuh kemeriahan berhari raya di Istana Nurul Iman beliau menyatakan bahawa paling istimewa dapat melihat sendiri betapa gembiranya rakyat dan penduduk di negara ini untuk bertemu dengan pemimpin yang dikasihi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta ahli kerabat yang lain jelas terpancar dari raut wajah masing-masing.

(Ruang berita yang diedit)

(Oleh : Abu Bakar Hj. Abdul Rahman) - Pelita Brunei Online



Bertugas di Majlis Penyampaian Kurnia Baginda Sultan

Pada Hari Isnin, 6 September 2010 yang lepas telah berlangsung Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis diadakan secara serentak di keempat-empat daerah. Seramai 10,758 orang dari golongan tertentu telah menjunjung kurnia berkenan. Bagi membantu perjalanan majlis, PBSM NBD Cawangan- Cawangan Daerah telah ikut serta menghulurkan tenaga bakti.

Selain tugas-tugas kecemasan biasa, PBSM NBD juga bertugas membawa dan memimpin serta mengiring orang-orang tua dan kurang upaya menaiki pentas bagi menjunjung kurnia.



Seorang ahli PBSM NBD membantu menolak kerusi roda salah seorang penerima di Dewan Bridex, Jerudong.
(Sumber Gambar: Borneo Bulletin Online)



Isnin, 6 September 2010

Tahlil bergema di Kubah Makam Diraja

Oleh Hasrulraizan


Kelihatan Mohammad Fahmi (tiga kiri) mengetuai bacaan surah Yasin dan tahlil.



Kalangan anggota Persatuan Bulan Sabit Merah yang menghadiri majlis di Kubah Makam Diraja.


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Mengambil keberkatan bulan Ramadan dan hari Jumaat hari ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam mengadakan majlis membaca Yasin dan tahlil di Kubah Makam Diraja Brunei pagi ini.

Bacaan Yasin dan tahlil itu adalah untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Pada majlis yang dihadiri belia Persatuan Bulan Sabit Merah dari keempat-empat daerah dan diketuai Timbalan Setiausaha Agungnya, Haji Hasnan Haji Shahri itu, bacaan Yasin dan tahlil dipimpin Qari Negara, Haji Mohammad Fahmi Haji Metussin.
-Media Permata Online - Sabtu, 04 September 2010.




Ahad, 5 September 2010

Tahlil for His Majesty's late parents


By Ahmed Shaheeb

The Red Crescent Society Brunei Darussalam during the tahlil.



The Red Crescent Society Brunei Darussalam held a tahlil at the Royal Mausoleum yesterday for Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.


The group was led by Haji Julaini bin Haji Latip, Director of Training and Development for the Red Crescent Society Brunei Darussalam.


The event started with the recital of the surah yaasiin and tahlil read by Haji Mohammad Fahmi bin Haji Metussin.


The event was held in conjunction with the holy month of Ramadhan, and is a religious activity conducted by The Red Crescent Society Brunei Darussalam annually to enliven the spirit of the holy month as well as to increase the acts of piety especially in the last ten days leading up to Syawal where Muslims are encouraged to intensify their efforts of devotions to Allah the Almighty.


- Borneo Bulletin Weekend, 04 September 2010.


Khamis, 2 September 2010

Majlis Tadarus Al-Quran belia senegara

Oleh Hasrulraizan dan Ak Fairol RMF



Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim semalam berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia 1431 Hijrah anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Menjunjung keberangkatan tiba Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Dato Paduka Haji Hazair Haji Abdullah.





Turut hadir sama ialah Menteri Pendidikan, Pehin Dato Seri Setia (Dr) Haji Abu Bakar Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Badaruddin Haji Othman. - Gambar oleh Infofoto




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia 1431 Hijrah yang dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan berlangsung hari ini telah diserikan lagi dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.

Menjunjung keberangkatan tiba Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Dato Paduka Haji Hazair Haji Abdullah.

Turut hadir sama ialah Menteri Pendidikan, Pehin Dato Seri Setia (Dr) Haji Abu Bakar Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Badaruddin Haji Othman.

Dalam ucapannya Pehin Dato Paduka Haji Hazair berkata, hasrat tujuan utama majlis ialah melihat generasi Al-Quran itu dikongsi sama oleh semua pihak dan golongan, terutamanya golongan belia.

"Kita akan merasa bangga dengan lahirnya belia-belia yang berwatak salih, bahawa salah satu tanda kesalihan itu ialah keterlibatan mereka dengan Al-Quran sama ada selaku pembaca biasa, mahupun sekali gus menjadi penghayat dan pengamal ajaran-ajarannya,"ujar beliau.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Tadarus Al-Quran secara halaqah oleh golongan belia terdiri daripada kalangan ahli beberapa buah persatuan belia di Negara ini.

Penceramah daripada Pusat Da'wah Islamiah, Haji Mail Besar kemudiannya mengajak para belia untuk membina jiwa mereka sebesar mungkin melalui sebuah Ceramah Motivasi Keagamaan yang beliau sampaikan bertajuk "Belia Berjiwa Besar".

Selesai mendengarkan ceramah yang mengobarkan semangat para belia itu, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ayat-ayat Lazim, Takhtim, Doa Khatam dan Dikir Marhaban.

Majlis anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan itu telah ditutup dengan sekalian yang hadir mendirikan Solat Fardu Zohor secara berjemaah.

Majlis tersebut julung-julung kali diadakan bersempena sambutan bulan Ramadan yang melibatkan 3,000 hingga 5,000 orang belia terdiri daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Maktab-maktab, Sekolah-sekolah menengah, persatuan belia dan sukan, persatuan beruniform dan belia-belia secara amnya.

Tujuan Majlis Perhimpunan diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman belia tentang kepentingan membaca dan menghayati Al-Quran sebagai panduan hidup serta untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia dan juga untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran di samping untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan.



Haji Mail Besar mengajak para belia untuk membina jiwa mereka sebesar mungkin melalui sebuah Ceramah Motivasi Keagamaan.







Antara belia yang hadir di Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia 1431 Hijrah.


- Media Permata. Khamis 2 September 2010.

Prince 'Azim attends National Tedarus gathering for youths

By Syafiq Affendy


His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim yesterday attended the first-ever National Tedarus Al-Quran Gathering for Youths, which saw around 3,000-5,000 youths attending the ceremony, jointly organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports, Ministry of Religious Affairs and Ministry of Education.


The ceremony was held at Jame 'Asr Hassanil Bolkiah mosque in Kiarong.


The Minister of Culture, Youth and Sports, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah delivered a welcoming address prior to the line-up of events for the ceremony, where he outlined the objectives - to increase the youth's understanding on the importance of reading and appreciating the Quran and using it as a guide in life, especially in facing challenges as youths.


Also present at the ceremony were the Minister of Education, Pehin Orang Kaya Seri Kerma Dato Seri Setia Dr Hj Awg Abu Bakar bin Haji Apong, Minister of Religious Affairs, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Minister of Home Affairs, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, as well as their deputies, permanent secretaries and senior officers.


The youths comprised of students from higher education institutions, colleges, secondary schools, youth and sports associations, uniformed associations and youths in general.


A religious motivational talk entitled 'Belia Berjiwa Besar' or 'Big-hearted Youth' was delivered following the welcoming address, by Ustaz Haji Mail Besar from the Islamic Dakwah Centre.


The khatam al-Quran and tahlil commenced right after the talk, where the whole congregation recited the last few surah from the Quran, performed the tahlil, and ended the ceremony with mass zuhur prayer.

HRH Prince Haji 'Abdul 'Azim reciting the Quran

Female youths reciting surahs from the Quran.
Permanent Secretaries and other high-ranking officials at the ceremony.
Secondary School students participating in the event


Uniformed youth members during the event



- Borneo Bulletin - Thursday 2 September 2010

Rabu, 1 September 2010

Muslim Cemeteries Clean-up


Who carry out charity work especially in this holy month of Ramadan, will certainly gain rewards from Allah Subhanahu Wata'ala. Among the activities are holding Bertahlil Ceremony, Doa arwah and cleaning of Muslim Cemetaries. This morning, the Brunei Muara District Red Crescent Association held voluntary cleaning of the Muslim Cemetary in the Terunjing and Rangas areas in the capital.



This charity work is to instill the sense of responsibility among association members, not only towards themselves but also towards the religious, race and nation. Established about 26th years ago, the Brunei Darussalam Red Cresent Association now has more than one thousand members. Other than giving emergency aid, the association is also active in several major national events. According to the District Commandant of the Brunei Muara District Branch of the Red Crescent Association, Haji Mohamad Suhaimi bin Ibrahim, the cleaning campaign is one of the association's projects to glorify the holy month of Ramadan and in seeking blessings through cooperation with the public.

- RTB News - 2010-08-29 22:00:00

Red Crescent Society Israk Mikraj Celebration

Bandar Seri Begawan - The Red Crescent Society's Brunei-Muara District Branch in collaboration with the Co-curriculum Education Department, Ministry of Education, recently organised a religious ceremony at Dato Marsal Primary School Hall, Brunei II (A), to celebrate Israk Mikraj. The chief guest at the event was Awang Haji Kassim bin Haji Mohammad Yassin, the Acting Director of Co-curriculum Education.

Also present were Awang Jalil bin Pengarah Haji Kapitan, the Chief of Uniform Group Section, as well as other representatives ofthe National Red Crescent Society, Negara Brunei Darussalam Scout Association and Brunei Darussalam Girls Guide Association.

To enliven the celebration, a religious lecture was delivered by Ustaz Hisham bin Ismail of the Islamic Dakwah Centre.



- Borneo Bulletin - Friday, 13 August 2010

PBSM Tutong anjur kursus kepimpinan


Oleh Haji Hussin Haji Sha’ari

TUTONG, Khamis – Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam cawangan Daerah Tutong menganjurkan kursus kepimpinan selama dua hari di Pusat Belia Pekan Tutong di sini.

Seramai 30 orang terdiri daripada pegawai/pemimpin serta guru-guru pengawas dari sekolah-sekolah menengah Daerah Tutong menghadiri kursus itu yang antara lain bertujuan menimba pengalaman bagi kemajuan persatuan.

Empat penceramah dari PBSM Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Haji Hasnan Haji Sha’ari, Haji Abd Alim Haji Osman , Haji Julaini Haji Abd Latip dan Haji Hassan Haji Abd Hamid tampil berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan peserta kursus.

Sijil penyertaan kursus disampaikan oleh Naib Yang Di-Pertua Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Siti Hajar Haji Muhd Yussof.

Gambar ramai.


- Media Permata – Jumaat, 13 Ogos 2010

Perbanyakkan ceramah di masa akan datang

Oleh Rafidah Jumat


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis – Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan daerah Brunei Muara dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum baru-baru ini telah mengadakan ceramah sempena sambutan Israk Mikraj dihadiri Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Haji Kassim Haji Mohammad Yassin.

Pada majlis itu, Ketua Bahagian pasukan beruniform yang juga selaku pengerusi majlis, Awang Jalil Haji Kapitan dalam ucapan alu-aluannya berkata ceramah seperti ini perlu diperbanyakkan di masa akan datang.

Beliau antara lain turut menyentuh mengenai pentingnya untuk mempertingkatkan penglibatkan Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah-sekolah.

Majlis kemudian disusuli dengan ceramah bertajuk Mengubah Fikiran Ke Arah Kepimpinan Belia yang disampaikan oleh Hisham Ismail dari Pusat Dakwah Islamiah.

Ceramah beliau antara lain menyentuh mengenai kepimpinan Rasulullah yang perlu dicontohi oleh pemimpin belia negara ini selain turut mengongsi cerita kecuaian tentera Muslimin dalam peperangan Uhud yang akhirnya membawa padah kerana tidak mengikuti arahan pemimpin mereka.



Sebahagian daripada ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang menghadiri ceramah itu.


- Media Permata – Jumaat, 13 Ogos 2010

Ahad, 22 Ogos 2010

Patukan Ular

Ular-ular menyuntik bisa melalui siung-siungnya apabila mereka mematuk. Patukan ular boleh membawa maut atau sekurang-kurangnya lumpuh jika lambat dirawat. Sebelum merawat, pastikan ular berkenaan tiada di kawasan berhampiran atau dibunuh jika awda khuatir keselamatan awda dan mangsa.

Cara merawat:
  1. Baringkan pesakit. Tenangkan dan jangan gerakkannya. Pastikan kedudukan jantung lebih tinggi daripada bahagian yang dipatuk bagi menyekat aliran bisa.
  2. Bersihkan luka dan keringkan dengan kapas atau kain yang bersih. Dail 991 untuk ambulans.
  3. Balut dengan perlahan anggota badan di bahagian patukan dengan pembebat kain.
  4. Alihkan pesakit dengan cermat dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jika awda tahu jenis ular beritahu kepada doktor atau bawa bersama ular tersebut jika telah dibunuh.

Illustrasi kesan patukan ular
(Sumber Imej: ADAM, Inc.)

Perhatian: Jangan gunakan kaedah menyekat darah dengan ikatan (Tourniquet), menghiris luka dengan pisau atau menyedut bisa dengan mulut.


Khamis, 5 Ogos 2010

Baginda Sultan rasmikan sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010

Oleh Sim Y H

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Baginda Sultan, kerabat diraja dan kalangan menteri yang turut hadir.

Baginda Sultan

Anggota pasukan beruniform berarak masuk membawa Bendera Kebangsaan.

Ikrar Belia yang diketuai Khairul Azman.


Sebahagian daripada pelajar yang hadir.

Berkenan berangkat bersama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berserta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan kerabat-kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Dato Paduka Haji Hazair Haji Abdullah. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diikuti sembah alu-aluan oleh Pehin Dato Paduka Haji Hazair.
Tema sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun ini ialah 'Keusahawanan Pemangkin Belia Berdikari'.

Baginda Sultan seterusnya berkenan mengurniakan titah pada majlis berkenaan. Ia diteruskan dengan bacaan Ikrar Belia seramai 360 belia daripada pasukan-pasukan beruniform, pertubuhan belia dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam yang diketuai Penerima Anugerah Pengusaha Belia 2008, Khairul Azman Haji Tamin.

Acara kemudian diteruskan dengan persembahan kumpulan belia yang mempamerkan kerjaya masing-masing dalam pelbagai bidang, diikuti dengan persembahan kebudayaan dan gerak seni bela diri dari pasukan karate do, taekwando dan pencak silat serta pertunjukan klip video yang memaparkan kegigihan, kecekalan, ketabahan, pencapaian dan kerjaya belia di Brunei.

Seterusnya, Baginda Sultan dijunjung untuk mengurniakan Anugerah Pemimpin Belia Berjasa kepada Haji Md Zain Tengah, Anugerah Persatuan Belia kepada Persatuan Pemuda Pemudi Penanjong Tutong (PERDA), Anugerah Khidmat Belia kepada Iswandy Ahmad dan Anugerah Belia Cemerlang kepada Najibah Eradah Abdullah. Sebelum dijunjung berangkat menyaksikan Ekspo Usahawan Belia, Baginda Sultan serta kerabat diraja berkenan bergambar ramai dengan penerima-penerima anugerah belia.

-Media Permata Online - Selasa, 03 Ogos 2010.










Isnin, 2 Ogos 2010

Gigitan


Kuman terdapat di mulut kebanyakan binatang. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu badan manusia. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Tanda-tanda gigitan:
- Luka yang dalam di daging
- Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit


Kesan gigitan anjing

Cara merawat:
1. Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih
2. Cuci dengan larutan cecair antiseptik / sapukan krim antiseptik
3. Balut dengan pembalut steril
4. Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 / pergi ke rumah sakit berdekatan

Jika digigit anjing:
1. Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan
2. Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik
3. Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya
4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada anjing yang tidak dikenali.


Jumaat, 23 Julai 2010

Poisoning

If the victim has swallowed a poison, maintain airway and breathing and treat for shock. Call 991 right away. Do not give fluids, induce vomiting, or give an antidote without specific instructions from a doctor.

For an inhaled poison, get victim to fresh air immediately. Call 991. Maintain airway and breathing. Keep victim warm and quiet. Save the container to give to the paramedics.

How to prevent poisoning?

  • Store ALL medications in a locked cabinet, far from kid’s reach.
  • Never leave cosmetics and toiletries within easy reach of children.
  • Make sure purses and bags that could contain poisonous items such as medications are kept out of reach of kids at all times.
  • Always keep pills and liquids in their original containers.
  • Never put cleaning products in old beverage bottles or containers that were once used for food.

KERACUNAN

Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun) sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.

Tanda-tandanya:

  1. Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
  2. Mangsa mengalami sakit abdomen.
  3. Cirit birit mungkin terjadi.
  4. Tanda-tanda terkejut.
  5. Mungkin tidak sedarkan diri.

Arahan merawat:

  1. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
  2. Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
  3. Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
  4. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
  5. Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.

    Racun Aerosol:

    Tanda keracunan: Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

    Rawatan kecemasan: Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. Hirup udara segar di ruang terbuka. Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak. Selepas itu, bolehlah diberikan 2 – 5 titis ubat mata bagi setiap mata.

Isnin, 19 Julai 2010

150-strong medical team provides first aid at Taman

Quratul-Ain Bandial
BANDAR SERI BEGAWAN

More than 10 people collapsed from heat exhaustion during the parade ceremony in conjunction with His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th birthday, but fortunately a 150-strong medical team was on hand to deal with any emergency.

Casualties of heat stroke and dehydration were brought to one of three makeshift first aid stations in the capital — two at the Taman Sir Hj Omar Ali Saifuddien, the venue of the event, and one at the Royal Regalia Building. The latter was mainly to cater to students who lined the streets to greet His Majesty as he entered the city.

The majority of sufferers were participants in the field parade, while at least two were members of the public, and one a flag-waving student.

Dr Sandeep Kaur from the Ministry of Health told The Brunei Times that most people suffered from hypoglyceamia (low-blood sugar) because they neglected to eat breakfast and did not properly hydrate themselves throughout the morning.

Each air-conditioned station housed eight makeshift beds. And while most people who came to the first aid tents only required a quick rest and a drink, at least one required serious medical attention.

The Brunei Times witnessed a young navy officer brought into one of the tents at the Taman suffering from dehydration. Paramedics promptly administered an intravenous glucose drip and the patient was later taken out on a stretcher to a waiting ambulance.

Acting senior nursing officer, Maraja Ulat stated that seven ambulances were dotted around the capital in case there were members of the public needed to be taken to hospital.

He added that the on-field medical team consisting of doctors, nurses, paramedics and army medics was well-equipped to deal with any emergency.

Maraja commented that the casualties from yesterday were luckily not as high as the National Day parade in February.

Red Crescent Society volunteers were also on hand to assist medics monitor the thousands-strong crowd for those suffering from dehydration and heat exhaustion.

Thirty volunteers from the society, armed with stretchers from the Ministry of Health, lent their time to ferry people to and fro the first-aid stations at the Taman where the public could seek medical attention.



Medical team personnel keeping a watch out for any emergency during the parade at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien yesterday.
Picture: BT/Quratul-Ain Bandial

Commander of the Red Crescent contingent, Mohammad, said that the volunteers came out to help during large national events such as His Majesty's birthday, National Day and Maulud Nabi celebrations.

"We always volunteer during events like these, it is our sense of duty and our responsibility to offer our services when they are required," he said.

The Red Crescent volunteers comprised of secondary students who joined the society as part of their co-curricular activities.

Siti Aisha, one of the volunteers, said it was a thrill to see the parade first-hand instead of from the streets, where most secondary students will line up with flags to greet His Majesty.

"It's exciting to be so close the action and we also get to help the paramedics which makes us feel useful, like we have chosen to do something worthwhile," she remarked.


The Brunei Times - Friday, July 16, 2010

Ahad, 18 Julai 2010

Menyertai Istiadat Perbarisan Kehormat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Ke 64

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Julai – Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM NBD) hari ini telah menyertai Istiadat Perbarisan Kehormat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kali Ke 64. Istiadat perbarisan bermula pada jam 7:30 pagi di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

Pada jam 8:00 pagi, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tiba di Pentas Diraja dan berkenan menerima tabik hormat dari Barisan Kawalan Kehormat terdiri dari anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei. Tabik hormat diringi dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan tembakan meriam sebanyak 21 das.



Selesai menerima tabik hormat, baginda dijunjung bagi memeriksa perbarisan Kawalan Kehormat dan seterusnya menaiki kenderaan khas mengelilingi Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien bagi menerima tabik hormat dari pertubuhan-pertubuhan awam termasuk PBSM NBD.




Baginda kemudiannya menaiki Pentas Diraja semula bagi memerhati perbarisan lalu oleh pasukan Kawalan Kehormat dalam masa perlahan dan cepat jalan. Setelah Kawalan Kehormat berada di tempat asal, semua pasukan melaungkan perkataan "Daulat!" sebanyak tiga kali yang diketuai oleh Ketua Pegawai Pemerintah Perbarisan. Istiadat berakhir dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan serentak dengan persembahan terbang lalu dari pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei sebelum KDYMM berangkat meninggalkan Pentas Diraja.




Selain mengikuti perbarisan kehormat, sebahagian ahli PBSM NBD turut bertugas di khemah perubatan dan di sepanjang Jalan Tutong bermula dari Istana Nurul Iman sehingga ke Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.



- Sumber Gambar - www.infofoto.org.bn

Sabtu, 17 Julai 2010

Kepesatan pembangunan negara dinikmati semua golongan masyarakat

Berita dan Foto: Zakiyah Abdullah

TUTONG, Isnin, - 17 Julai. – Ribuan rakyat dan penduduk Daerah Tutong dari pelbagai peringkat dan kaum membanjiri padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan bagi sama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-60.

Keceriaan dan keriangan jelas terbayang pada setiap wajah yang sejak awal pagi lagi datang beramai-ramai menantikan keberangkatan Kebawah DYMM untuk menjunjung ziarah dan beramah mesra dengan baginda.

Keriangan orang ramai sempat dirakamkan oleh wakil PELITA BRUNEI dengan menemu bual beberapa orang penduduk yang hadir.

(Bahagian ruang teks asal yang telah disunting mengikut kesesuaian)

Awang Mohd. Hajatul Nasri bin Roslan, 16 tahun yang sudah lebih lima tahun menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Bukit Beruang pula menyifatkan ekonomi negara perlu dipertingkatkan dengan mempelbagaikan sumber-sumber alam yang ada di negara ini khususnya 'sumber hijau' dan tidak hanya bergantung pada minyak dan gas sahaja.

"Keberangkatan baginda ke daerah ini memang dinanti-nantikan dan saya berasa amat gembira kerana berpeluang bertemu raja yang dikasihi secara lebih dekat. Ini merupakan kali yang kelima saya terlibat dengan acara sebegini dan saya amat berbangga kerana penglibatan saya ini,” katanya.

Mengenai kenaikan mata gaji dan elaun sara hidup yang dikurniakan oleh Kebawah DYMM kepada kakitangan kerajaan beliau menyifatkannya sebagai suatu yang amat baik kerana dengan adanya kenaikan tersebut akan dapat membantu golongan-golongan yang berpendapatan rendah.



Manakala rakannya, Dayang Norafiqah binti Mohd. Daud, 16 tahun yang telah menjadi ahli Bulan Sabit Merah selama dua tahun juga turut merasakan kemeriahan sambutan Majlis Ramah Mesra tersebut dan merasa berbangga serta beruntung kerana berpeluang melibatkan diri sebagai salah seorang sukarelawan dalam majlis seumpama itu.


- Pelita Brunei – Rabu, 19 Julai 2006.


Jumaat, 16 Julai 2010

Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Bulan Sabit Merah

Oleh: Hajah Saemah Zukefli



KUALA BELAIT, Selasa – Mangsa-mangsa kebakaran di berek kerajaan di Jalan Paduka Tuan di sini Jumaat lalu turut menerima bantuan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait.

Sehubungan itu, majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran terbabit telah diadakan di kawasan pemindahan sementara mangsa di berek Jabatan Kerja Raya di Jalan Singa Menteri di sini hari ini.

Sumbangan berbentuk pakaian, makanan asas harian dan sebagainya telah disampaikan oleh Pengarah Daerah Persatuan Bulan Sabit Merah, Awang Haji Bujang Harun yang disaksikan bersama oleh Pegawai Perhubungan Awam Kebangsaan persatuan itu, Awang Haji Mohd Ali Haji Abang, Pegawai Latihan dan Perkembangan Kebangsaan Awang Jimmy Foo Jee Shing dan beberapa pegawai kanan persatuan sukarelawan itu.

Majlis juga disaksikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Kerja Raya Awang Haji Mohd Alimin Haji Mohd Tanjong serta beberapa pegawai kanan di Jabatan Kerja Raya serta Ketua Kampung Mukim Belait Awang Haji Johari Haji Omarali.

Media Permata, Rabu, 12 Julai 2005



Isnin, 5 Julai 2010

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS DALAM AKTIVITI BERPENGAKAP

Pendahuluan

Di dalam aktiviti berpengakap, pertolongan cemas adalah satu keperluan yang bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan lencana-lencana tertentu bahkan ianya digunakan berterusan seumur hidup. Bagi Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) kemahiran ini diperakui dengan anugerah-anugerah tertentu seperti lencana kemahiran dan sijil pengakuan dan pengiktirafan.


Kemahiran Pertolongan Cemas

Kemahiran pertolongan cemas di dalam aktiviti berpengakap diperakui dengan penganugerahan lencana-lencana kemahiran dan kemajuan di dalam setiap cabang pasukan pengakap.

Cabang-cabang pasukan pengakap ialah:

1. Unit Pengakap Serigala (berumur 7 hingga 11 tahun)
2. Unit Pengakap (berumur 12 hingga 16 tahun)
3. Unit Pengakap Venture (berumur 17 hingga 20 tahun)
4. Unit Pengakap Kelana (berumur 21 hingga 30 tahun)


Lencana – Pengakap Serigala

Lencana Anak Panah:

1. Anak Panah Gangsa:



Lencana Anak Panah Gangsa



9. Pertolongan Cemas.

a) Tahu tentang mustahaknya kebersihan dalam Pertolongan Cemas.
b) Tahu bagaimana merawat luka.
c) Tahu tentang mustahaknya mendapatkan bantuan orang dewasa dalam kejadian-kejadian kecemasan.

2. Anak Panah Perak:




Lencana Anak Panah Perak

9. Kecemasan:

a) Menunjukkan bagaimana menolong orang keluar darah di hidung (tikus-tikusan)
b) Mengetahui sebab-sebab hangus dan luka terbakar.
c) Buat kotak pertolongan cemas dan bawa bersama-sama dalam penjelajahan Unit Pengakap Serigala awak.


3. Anak Panah Emas:



Lencana Anak Panah Emas


9. Pertolongan Cemas.

a) Tahu menggunakan pembalut ‘roller bandage’ dan kain tiga segi ‘triangular bandage’
b) Balut endul lengan (arm sling)
c) Tahu bagaimana mengurus kaki salah urat.



Lencana Kecekapan Pengakap Anak Serigala:



Lencana Pembantu Pertolongan Cemas

PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS
(FIRST AIDER)

1. Mengetahui had pertolongan cemas dan keperluan mendapatkan pertolongan dewasa.
2. Mengetahui bagaimana mengawal darah keluar dengan memakai tekanan langsung.
3. Mengetahui akan mustahaknya kebersihan dan menunjukkan bagaimana membalut luka-luka yang kecil dan melecetkan dengan kain kasa (quaza) dan pembalut bergulung (roller bandage) ; pakai dan buangkan balutan yang melekat.
4. Tunjukkan kegunaan pembalut segitiga (triangular bandage) sebagai anyunan tangan (arm sling) yang besar dan pembalut lutut.
5. Tunjukkan bagaimana menghiburkan seorang pesakit.
6. Mengetahui sebab-sebab hangus dan terbakar yang seringkali berlaku di rumah dan pencegahannya ; bagaimana memadamkan pakaian yang hangus ; cara mudah merawat merawat hangus dan terbakar.
7. Mempunyai pengetahuan cara penyelamatan secara pernafasan (respiratory resuscitation) dari mulut ke mulut dan di mana terdaya menunjukkan cara ini dengan memakai tatek (manikin) atau pertolongan yang dibenarkan.




Lencana – Pengakap


Lencana Scout Standard

SCOUT STANDARD

Diluluskan oleh Ketua Patrol dan dianugerahkan atas sokongan Majlis Ketua-Ketua Patrol. Seharusnya diperolehi dalam tempoh satu tahun.

1. Ketaatsetiaan Kebangsaan
2. Percaya Kepada Diri Sendiri
(b) Sediakan satu alat kelengkapan pertolongan cemas persendirian untuk pengembaraan.
3. Tanggungjawab
(a) Bersihkan luka dan balut.
4. Penjelajahan
5. Kemahiran
6. Kawad.



Lencana Advanced Scout Standard

THE ADVANCED SCOUT STANDARD

Diluluskan atas urusan-urusan yang dibuat oleh Pemimpin Pengakap. Seharusnya dicapai sebelum umur 14 tahun.

1. Percaya Kepada Diri Sendiri
2. Tanggungjawab
(a) Kecemasan: Tunjukkan cara-cara hendak memberikan penerangan ringkas dan terang bila membuat panggilan kepada polis, bomba atau ambulan.
(b) Pertolongan Cemas: Tahu tindakan pertolongan cemas untuk luka-luka,
berdarah dari hidung, kena sengat, terbakar dan pening. Tahu cara
mengelakkan `Sun-burning’. Tunjukkan penggunaan kain tiga segi sebagai balut tangan (sling).
3. Penjelajahan
4. Kemahiran
5. Kawad.

SKIM LENCANA KECEKAPAN PENGAKAP

Dalam Skim Lencana Pengakap, ada empat kumpulan lencana di bawah tajuk: Kegemaran, Ujian, Khidmat dan Jurulatih.

Lencana Perkhidmatan (Service) diuji pada standard yang lebih tinggi dan diuntukkan kepada Pengakap-Pengakap yang tinggi usianya. Standardnya adalah tetap dan tidak boleh disesuaikan untuk Pengakap yang muda. Ini bukannya berkenaan dengan teori perkhidmatan tetapi termasuk tugas-tugas praktiknya. Lencana ini mempunyai warna latar-belakang merah.

Majlis Pengakap Daerah akan melantik Pemeriksa-Pemeriksa Lencana untuk Ujian, Perkhidmatan dan Jurulatih.


Lencana Pertolongan Cemas

PERTOLONGAN CEMAS
(Perkhidmatan)

A. Pengakap yang telah memperolehi Sijil Asas Pertolongan Cemas Pertubuhan St. John atau Pertubuhan Bulan Sabit Merah dengan sendirinya boleh memakai Lencana Pertolongan Cemas ini.

B.

1. Memahami prinsip dan amalan Pertolongan Cemas.
2. Boleh menerangkan susunan anggota-anggota tubuhbadan dan fungsi tiap-tiap satunya.
3. Mengetahui kedudukan urat-urat nadi yang besar-besar dan tahu bagaimana hendak memberhentikan keluaran darah daripada urat-urat nadi itu.
4. Tunjukkan cara bagaimana hendak memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk terkejut kena karan letrik.
5. Mengetahui bagaimana hendak menggunakan balutan segi tiga kepada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku dan balutan bergulung kepada semua anggota badan.
6. Tunjukkan cara bagaimana hendak mengendali tulang-tulang patah dan mengetahui mustahaknya anggota-anggota yang patah dan yang disyakkan patah itu dijaga daripada bergerak-gerak.
7. Tunjukkan cara pemulihan pernafasan “Holger Nielsen”.
8. Memahami peraturan-peraturan rawatan bagi terkena racun.
9. Memahami kaedah mengawasi dan mengangkat orang-orang cedera.
10. Tunjukkan cara bagaimana hendak menghantar berita dengan betul samada dengan lisan, bertulis atau telefon.




PENGAKAP VENTURE


ANUGERAH VENTURE

Seorang Pengakap Venture semestinya memenuhi semua kehendak-kehendak Anugerah Pengakap Venture selepas ia memperolehi Lencana Keahlian Pengakap Venture.

Anugerah Pengakap Venture disampaikan oleh Pemimpin Pengakap Venture selepas berunding dengan Jawatankuasa Eksekutif Unit yang berkenaan.

1. Tanggungjawab

(a) Pertolongan Cemas dan Latihan Kecemasan:

(i) Tunjukkan cara-cara menghadapi kemalangan –kemalangan ringan yang berikut:

luka-luka, berdarah dari hidung, kena sengat, terbakar dan pening;

(ii) Mengetahui cara mengelakkan “sun-burning”;

(iii) Mengetahui kedudukan urat-urat nadi yang besar-besar dan tahu bagaimana hendak memberhentikan keluaran darah daripada urat-urat nadi itu;

(iv) Tunjukkan cara bagaimana hendak memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk terkejut kena karan letrik;

(v) Mengetahui bagaimana hendak menggunakan balutan tiga segi kepada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku dan balutan bergulung kepada semua anggota badan.

(vi) Tunjukkan cara bagaimana hendak menghantar berita dengan betul samada dengan lisan, bertulis atau telefon;

(vii) Tunjukkan cara bagaimana hendak mengendali tulang leher (collar-bone). Memahami mustahaknya tidak menggerak kaki yang patah. Memahami mustahaknya tidak menggerak anggota-anggota yang disyaki patah;

(viii) Mengambil bahagian sebagai seorang ahli (tidak semestinya sebagai seorang ketua) bagi satu pasukan tiga atau empat orang Pengakap Venture dan hadapi satu kejadian yang disusun oleh Pemeriksa. Kejadian itu hendaklah berasakan kepada perkara-perkara di atas dan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Semua tindakan sesuai kepada keadaan itu semestinya diambil dan Pemeriksa akan menguji dari segi ketenangan, kebijakan, tindakan betul (berita kepada doktor, polis, Pemimpin Pengakap, ibu bapa dan lain-lain) dan rawatan betul kepada pesakit di setiap peringkat.

DAN

(b) Latihan Kepimpinan;

DAN

(c) Perkhidmatan Dalam Berpengakap.

2. Percaya Kepada Diri Sendiri

3. Kegiatan

4. Penjelajahan

5. Berbaris/Rally




Lencana Anugerah Pengakap Sultan

ANUGERAH PENGAKAP SULTAN

Seorang Pengakap Venture semestinya memenuhi semua kehendak-kehendak bagi Anugerah Pengakap Sultan selepas ia memperolehi Anugerah Pengakap Venture.

Anugerah Pengakap Sultan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya selepas berunding dengan Pesuruhjaya Daerah.

1. Tanggungjawab

(a) Pertolongan Cemas dan Latihan Kecemasan:

Lulus Lencana Ambulans (seorang Pengakap Venture yang telah memperolehi Junior Certificate of the Brunei Red Crescent Society atau Bronze Medallion of the Royal Life-Saving Society dengan sendirinya lulus untuk bahagian ini).

DAN

(b) Latihan Kepimpinan:

DAN

(c) Perkhidmatan Masyarakat:

2. Percaya kepada Diri Sendiri

3. Kegiatan

4. Penjelajahan

5. Temuduga


(Disalin dari buku “Dasar, Pertubuhan dan Aturan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam”)