PBSM NBD Slideshow

Khamis, 5 Ogos 2010

Baginda Sultan rasmikan sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010

Oleh Sim Y H

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Baginda Sultan, kerabat diraja dan kalangan menteri yang turut hadir.

Baginda Sultan

Anggota pasukan beruniform berarak masuk membawa Bendera Kebangsaan.

Ikrar Belia yang diketuai Khairul Azman.


Sebahagian daripada pelajar yang hadir.

Berkenan berangkat bersama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berserta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan kerabat-kerabat diraja dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Dato Paduka Haji Hazair Haji Abdullah. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat yang diikuti sembah alu-aluan oleh Pehin Dato Paduka Haji Hazair.
Tema sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun ini ialah 'Keusahawanan Pemangkin Belia Berdikari'.

Baginda Sultan seterusnya berkenan mengurniakan titah pada majlis berkenaan. Ia diteruskan dengan bacaan Ikrar Belia seramai 360 belia daripada pasukan-pasukan beruniform, pertubuhan belia dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam yang diketuai Penerima Anugerah Pengusaha Belia 2008, Khairul Azman Haji Tamin.

Acara kemudian diteruskan dengan persembahan kumpulan belia yang mempamerkan kerjaya masing-masing dalam pelbagai bidang, diikuti dengan persembahan kebudayaan dan gerak seni bela diri dari pasukan karate do, taekwando dan pencak silat serta pertunjukan klip video yang memaparkan kegigihan, kecekalan, ketabahan, pencapaian dan kerjaya belia di Brunei.

Seterusnya, Baginda Sultan dijunjung untuk mengurniakan Anugerah Pemimpin Belia Berjasa kepada Haji Md Zain Tengah, Anugerah Persatuan Belia kepada Persatuan Pemuda Pemudi Penanjong Tutong (PERDA), Anugerah Khidmat Belia kepada Iswandy Ahmad dan Anugerah Belia Cemerlang kepada Najibah Eradah Abdullah. Sebelum dijunjung berangkat menyaksikan Ekspo Usahawan Belia, Baginda Sultan serta kerabat diraja berkenan bergambar ramai dengan penerima-penerima anugerah belia.

-Media Permata Online - Selasa, 03 Ogos 2010.










Tiada ulasan: