PBSM NBD Slideshow

Sabtu, 19 November 2011

Brunei Darussalam komited manfaatkan potensi belia

(Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman)

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 18 November. - Negara Brunei Darussalam komited dalam memanfaatkan potensi para belia yang merupakan tulang belakang kepada pembangunan dan masa depan negara.

Dalam mencapai hasrat ini, beberapa inisiatif telah dan sedang dijalankan bagi memanfaatkan potensi-potensi para belia di negara ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim semasa merasmikan Mesyuarat Ketua-ketua Pertubuhan Belia Negara Asia Tenggara Ke-9 (9th South East Asia National Societies Youth Directors Meeting) di Radisson Hotel pagi tadi.


PEMANGKU Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim menyampaikan ucapan diteruskan dengan perasmian Mesyuarat SEA National Societies Youth Directors' Meeting. (Foto : Hernie Suliana Hj. Othman)

Menurut Awang Haji Ismail, antara inisiatif tersebut ialah Dasar Pembangunan Sumber Tenaga Manusia untuk menghasilkan rakyat yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi bagi mencapai Wawasan Negara Brunei 2035 yang termasuk penubuhan Dana Sumber Manusia.


Antara lain tambahnya, dana tersebut adalah untuk melaksanakan skim-skim seperti Skim Latihan dan Pekerjaan, Pembangunan Kapasiti Sumber dalam Skim Sektor Swasta dan biasiswa tempatan untuk pendidikan teknikal dan vokasional di Skim Institusi Akademik Swasta.

Di samping itu jelasnya, inisitif lain juga termasuk menggalakkan keusahawanan belia dalam industri kreatif, menggalakkan belia hidup dengan gaya hidup sihat dan melancarkan perkhidmatan perintis yang menekankan mengenai membina daya tahan dan disiplin diri, patriotisme, keusahawanan dan perkhidmatan masyarakat serta melibatkan belia dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan yang seterusnya menjadikan mereka masyarakat yang penyayang.

Beliau penuh yakin dengan pengalaman luas dan rangkaian serantau dan antarabangsa yang dimiliki oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei (BDRCS) akan dapat memainkan peranan utama dalam menjadikan inisiatif ini berjaya.

Sementara itu, Presiden BDRCS, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yussof dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, mesyuarat ini merupakan program tahunan yang pertama kalinya diadakan di Republik Filipina pada tahun 2003 bertujuan untuk mengukuhkan belia-belia Asia Tenggara dalam proses kepimpinan dan membuat keputusan.

PEMANGKU Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Ismail semasa bergambar ramai bersama para perwakilan pertubuhan kebangsaan Bulan Sabit Merah dari negara-negara Asia Tenggara. (Foto : Hernie Suliana Hj. Othman)

Para belia hari ini jelas beliau adalah aset negara di masa hadapan dan mesyuarat kali ini akan memfokuskan kepada isu-isu antaranya bagi kemapanan rangkaian pemimpin-pemimpin belia Asia Tenggara, belia sebagai ejen perubahan sikap, inisiatif belia global: pengemaskinian dan dasar belia serta belia dan media sosial.

Mesyuarat tiga hari itu disertai oleh perwakilan ketua-ketua Pertubuhan Negara Asia Tenggara dari Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah yang akan bergabung dengan satu matlamat yang sama iaitu bagi mengukuhkan keupayaan para belia dalam proses kepimpinan dan membuat keputusan.

Bertemakan 'Merangsang Belia Bulan Sabit Merah - Menyelamatkan Nyawa, Merubah Minda' (Inspiring RC Youth - saving lives, changing minds), mesyuarat dianjurkan oleh Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Delegasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah di Bangkok dan disokong oleh BDRCS.

- Pelita Brunei - Sabtu, 19 November 2011.


Memperkukuh keupayaan belia

Oleh Sim Y. H.

Datin Hajah Siti Hajar menyampaikan kata alu-aluan.

Nina menyampaikan kata alu-aluan beliau.


BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov - Mesyuarat Tahunan Pengarah-Pengarah Persatuan Belia Asia Tenggara merupakan program yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 di Filipina yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi belia-belia rantau Asia Tenggara dari segi kepimpinan dan proses membuat keputusan.

Tahun ini Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ke-9 di mana upacara perasmiannya diadakan di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan hari ini, yang disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Haji Ismail Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim.

Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam Datin Hajah Siti Hajar Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof dalam ucapan alu-aluan beliau menyatakan mesyuarat selama tiga hari itu disertai oleh pengarah dan pemimpin dari persatuan kebangsaan Asia Tenggara iaitu Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Timor Leste dan Brunei.

Mesyuarat itu jelas Datin Hajah Siti Hajar lagi bermatlamat untuk mencapai satu matlamat utama iaitu untuk memperkukuhkan lagi keupayaan belia-belia dari segi kepimpinan mereka dan keupayaan untuk membuat keputusan yang akan membentuk usaha pembangunan belia.

Sementara itu, Penasihat Pembangunan Persatuan Kebangsaan, Persekutuan Bulan Sabit Merah, Palang Merah Antarabangsa, Nina Nobel dalam kata alu-aluan beliau berkata bahawa dalam Deklarasi Belia yang dimeterai pada 2009 semasa Tahun Belia, belia-belia dunia mengetengahkan pelbagai masalah yang bukan sahaja mengancam bumi tetapi juga manusia seperti kemiskinan, konflik, keganasan, migrasi, penyakit, diskriminasi, perubahan iklim dan kini jumlah penduduk.

Sehubungan dengan itu, Nina menyatakan bahawa deklarasi itu merupakan dokumen dan alat yang berguna kerana bukan sahaja ia mengetengahkan dan menangani isu-isu serius secara berhadapan tetapi juga menunjukkan komitmen belia untuk menangani isu berkenaan dengan mengambil tindakan konkrit.

Dalam pada masa yang sama, Nina mengingatkan belia agar kembali kepada komitmen yang dimeterai mereka khususnya dalam melaksanakan 20 tindakan dalam empat bidang kerja kemanusiaan iaitu dalam menerap nilai-nilai kemanusiaan, pembangunan persatuan kebangsaan, kesihatan dan pengurusan bencana.

Beliau juga menyeru belia untuk tidak sentiasa berpendapat bahawa pembiayaan itu adalah untuk jangka masa pendek sahaja, selalu mengambil kira impak dan keberkesanan kegiatan yang dilaksanakan, tidak mudah hilang dalam birokrasi dan hierarki persatuan serta tidak takut untuk mempersoalkan apa yang sedang berlaku.

Beliau menyarankan kepada belia-belia untuk tidak gentar melakukan sesuatu perubahan iaitu dengan melakukan perubahan dalam diri dan minda mereka sendiri.

Mesyuarat tiga hari itu akan menumpukan kepada empat isu utama iaitu Rangkaian Pengarah-Pengarah Belia Asia Tenggara yang berkekalan, Belia sebagai ejen bagi perubahan tingkah laku, Inisiatif Belia Global: Perkembangan dan Dasar Belia serta Belia dan Media Sosial.

-Media Permata - Sabtu, 19 November 2011.


Giat tingkat potensi belia

Oleh Sim Y. H.
Haji Ismail menyatakan bahawa Brunei terus komited untuk merealisasikan potensi sebenar belia negara yang dikenal pasti sebagai tulang belakang pembangunan dan masa depan negara.



Haji Ismail bergambar ramai dengan ketua dan pemimpin Persatuan Kebangsaan Asia Tenggara yang menyertai mesyuarat itu.


BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov - Negara Brunei Darussalam terus komited untuk berusaha meningkatkan potensi belia-belia negara yang dikenal pasti sebagai tulang belakang pembangunan dan masa depan negara.

Di antara inisiatif yang dilaksanakan dan sedang dirangka oleh pihak kerajaan termasuk pelaksanaan dasar Pembangunan
Sumber Manusia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkemahiran untuk mencapai Wawasan Negara 2035 di mana antara usaha itu adalah penubuhan Tabung Sumber Manusia.

Penubuhan tabung itu di antara lain bertujuan untuk melaksanakan pelbagai skim seperti Skim Latihan dan Pekerjaan, Skim Pembangunan Sumber Kapasiti di dalam Sektor Swasta dan Skim Biasiswa Bagi Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta Tempatan di mana dasar Sumber Pembangunan Manusia itu adalah termasuk bagi semua belia.

Perkara itu dijelaskan oleh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Ismail Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim ketika berucap di Perasmian Mesyuarat Pengarah Persatuan Belia Kebangsaan Asia Tenggara Ke-9 yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan, hari ini.

"Bagi mereka yang tidak dapat menerusi pengajian dalam aliran akademik formal, Pusat Pembangunan Belia akan melatih mereka dengan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran."

Beliau juga berkata bahawa dasar Pembangunan Sumber Manusia itu juga merangkumi ideologi Melayu Islam Beraja. Di samping itu lagi, kerajaan terus berusaha untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan golongan belia termasuk dalam industri kreatif di mana menerusi Tabung Pembangunan Sumber Manusia, diharap akan dapat mengukuhkan lagi keupayaan perkembangan dan penyelidikan untuk memaksimumkan potensi belia negara dalam bidang kreativiti dan inovasi.

Di samping itu juga, usaha untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat di kalangan belia juga sedang giat dijalankan dan juga akan melancarkan program perantis, perkhidmatan belia kebangsaan yang akan menumpukan kepada pembangunan disiplin diri dan ketahanan, patriotisme, keusahawanan dan perkhidmatan masyarakat.

"Kami berharap untuk melihat belia-belia yang bersemangat tinggi yang berdaya tahan dan yang mampu berhadapan dengan cabaran besar serta kesusahan."

Usaha juga dilaksanakan untuk menggalakkan lebih ramai belia untuk menyumbangkan khidmat bakti secara sukarela dalam kerja-kerja kebajikan supaya akan melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang.

Menyentuh mengenai usaha untuk mempromosikan kerja-kerja sukarela di kalangan belia, Haji Ismail yakin bahawa Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei dengan pengalaman yang luas dan rangkaian serantau dan kebangsaan mampu untuk memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan inisiatif berkenaan.

- Media Permata - Sabtu, 19 November 2011.


HRD policy plan to benefit nation's youths

By Hakim Hayat
Acting Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports at yesterday's opening ceremony for the 9th Southeast Asia National Societies Youth Directors' Meeting. - SIM YH

The Brunei Government has undertaken several initiatives in a commitment to realise the potential of its youths. In the pipeline is the implementation of the Human Resource Development (HRD) policy, to produce skilled and highly educated citizens, as well as to accomplish the National Vision towards 2035.

A Human Resource Fund will also be used to implement various schemes, such as training and employment schemes, capacity building schemes in the private sector, and scholarship schemes for technical and vocational education in local private institutions.

"For those unable to continue in the formal academic stream, the Youth Development Centre will train them on skills required by the market. The HRD policy also includes inculcating our Malay Islamic Monarchy ideology."

This was revealed by the Acting Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports, Hj Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Hj Hashim, at the opening ceremony for the 9th Southeast Asia National Societies Youth Directors Meeting yesterday at the Radisson Hotel.

The policy, he said, will also incorporate the promotion of youth entrepreneurships, including in other areas, such as creative industries, with the aim to strengthen research and development capabilities in order to maximise the potential in the areas of creativity and innovation.

Aside from this, other objectives include promoting a healthy lifestyle, as well as launching the pilot national youth service that emphasises on self-discipline and resilience, patriotism, entrepreneurship and community service to produce high-spirited youths who are resilient and can take on challenges.

The policy will also involve more youths in volunteering and community work to create a more caring society.

The three-day meeting is co-organised by the Brunei Darussalam Red Crescent Society and the IFRC SEA (International Federation of Red Crescent Southeast Asia) Regional Delegation.

It aims to help youths in the SEA region in their leadership development and decision-making process. Brunei took part for the first time at last year's eighth meeting in Cambodia.

Youth directors and leaders from eight different national societies of the Southeast Asia region will convene with one common goal throughout the meeting.

Four issues will be the meeting's areas of focus: Sustainability of SEA Youth Directors' Network; Youth as Agents for Behavioural Change; Global Youth Initiatives, as well as the Update and Youth Policy and Youth and the Social Media.

- Borneo Bulletin Weekend - Nov 19th, 2011.


Jumaat, 18 November 2011

BDRCS roles needed for youth development

Sally Piri
BANDAR SERI BEGAWAN

Saturday, November 19, 2011

MINISTRY of Culture, Youth and Sports yesterday called on the contribution of the Brunei Red Crescent Society (BDRCS) to help in achieving the country's initiative on youth development.

The statement was made by the Ministry's Acting Permanent Secretary Hj Ismail Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Hj Hashim when he officiated at the 9th Southeast Asia National Societies Youth Directors' Meeting, which is co-organised by BDRCS and the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) who were represented by a delegation from Bangkok.

At the Radisson Hotel in the capital, Hj Ismail said Brunei Darussalam is committed to harness the potential of the youth, who are the backbone of the country's development.

He said that the country's initiative on youth development touched several issues such as human resource development policy which included the establishment of human resource fund to produce highly educated and skilled people to achieve the National Vision Brunei 2035.

"I hope that your three-day Youth Directors' Meeting in Brunei Darussalam will enable you to share experiences and best practices in addressing youth and humanitarian issues and achieve your meeting's objectives," he said.

Attending the ceremony was representative of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), Nina Nobel, who is also the National Society Development advisor for the Southeast Asia Region.

Nobel underscored the importance of setting practical priorities to achieve the goals of the national society's agenda.

"Carefully choose a few priorities each year to focus on and work together in an integrated and coordinated way to build on the momentum of your national society and government platforms," she said.

She also told the participating youth leaders to not be afraid of questioning the status quo.

"This is the time of dynamic action and change and your role as youth leaders is to inspire the youth of Southeast Asia to dare to make a difference in their own communities," she said.

Southeast Asia Youth Directors' Meeting is an annual programme that was first organised in the Philippines in 2003, aimed at strengthening the leadership skill and decision-making process of the youth in Southeast Asia region.

The Brunei Times


(Top) Hj Ismail, acting permanent Secretary at Ministry of Culture, Youth and Sports, delivering his speech during the opening of the 9th Southeast Asia National Societies Youth Directors' Meeting, held at Radisson Hotel. (Center) Nina Nobel, National Society Development advisor for the Southeast Asia region as representative of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies, delivering her speech. (Above) SEA delegates participating in the meeting. Pictures: BT/Rudolf Portillo

Brunei Times - Saturday, 19 November 2011.



Ahad, 6 November 2011

Wanita tua terabai dibantu

Oleh Hajah Saemah Zulkefli

Dayang Shim Kim Soon hanya bertemankan tiga ekor anjing yang akan menyalak jika sesiapa menghampiri pintu pagar rumah tuannya.

KUALA BELAIT, 6 Nov - Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian menarik perhatian Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait dan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) cawangan Daerah Belait telah sama-sama berkunjung untuk meninjau keadaan wanita itu hari ini.

Wanita tersebut Dayang Shim Kim Soon, 83, tinggal di rumahnya di Lot 4017 Simpang 284 Jalan Singa Menteri Kampung Mumong. Selama ini dia tinggal bersendirian dalam keadaan kakinya yang sakit dan hanya bertongkat kayu untuk berjalan, selain kurang jelas penglihatannya.

Semasa kunjungan Pengerusi PBSM cawangan Daerah Belait Awang Chai Yum Fatt bersama dengan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Belait Awang Ahmad bin Kasmani, telah turut menghulurkan sumbangan kepada Dayang Shim Kim Soon berupa makanan asasi daripada JAPEM bagi menampung keperluannya yang hanya menerima pencen usia tua sejumlah $250 sebulan.

Dayang Shim Kim Soon, ketika memberitahu Media Permata berkata, dia sudah bercerai dengan suaminya sejak berusia 20 tahun dan mempunyai seorang anak yang tidak membesar dengannya, tetapi sehingga kini dia tidak pernah dikunjungi anaknya, dan sejak bercerai dia bekerja sebagai buruh di Jabatan Bandaran dan tinggal di Kampung Sampah.

Dengan usahanya menghimpunkan wang gaji, dia akhirnya mampu membina sebuah rumah yang didiami masa ini di atas tanah tumpang sementara.

Rumahnya dalam keadaan berselerak dan tidak mampu membersihnya kerana keadaannya yang uzur.

Beliau yang merupakan penduduk tetap, mengalami sakit kaki dan berjalan menggunakan tongkat. Beliau mendapat perubatan percuma di Kampung Pandan yang merawati penyakit dengan menggunakan katil elektrik.

"Setiap hari Isnin hingga Sabtu, saya berjalan sendiri untuk pergi ke premis tersebut, tetapi jika saya penat, saya akan berhenti dan jika ada orang menumpangkan, saya akan ikut, begitu juga apabila hendak pulang dari sana," katanya.

Dayang Shim Kim Soon, berasal dari China, datang ke negara ini bersama kedua ibu bapanya sejak dia kecil lagi. Setelah kematian kedua ibu bapanya, dia tiada mempunyai sanak saudara lagi di sini.

Selain yang menemaninya pada masa ini ialah tiga ekor anjing yang akan menyalak apabila melihat orang mendekati pagar rumah tuannya itu.

Di samping itu, beliau juga mengusahakan kerja-kerja mengutip tin-tin kosong untuk dijual sebagai menambah pendapatannya yang katanya tidak mencukupi baginya yang juga perlu membayar bil-bil elektrik, air, gas dan sebagainya.

Tin yang dijual hanya dapat menghasilkannya sejumlah tiga sen bagi satu kilogram tin kosong yang kadang-kadang turut disumbangkan oleh jirannya.

Pengerusi PBSM Awang Chai Yum Fatt, pula memberitahu mereka akan membantu wanita itu dalam membersihkan kawasan rumahnya yang sudah berselerak dengan tin-tin kosong bagi menghindari jangkitan penyakit nyamuk aedes dan sebagainya.

- Media Permata - Isnin, 07 November 2011.