PBSM NBD Slideshow

Khamis, 30 Julai 2009

70 guru Maktab Anthony Abell Sertai Kursus Pertolongan Cemas

(Oleh: Hjh Saemah Zulkefli, Media Permata Sabtu/Ahad, 25/26 April 2009)
SERIA, Jumaat - Kira-kira 70 guru Maktab Anthony Abell dekat sini menyertai Kursus Pertolongan Cemas yang diadakan selama dua hari.
Kursus berkenaan dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan daerah Belait dan yang pertama kali diadakan pada tahun ini di peringkat sekolah.

Antara lain kursus terbabit untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pentingnya Pertolongan Cemas bagi setiap individu selain boleh memberikan pengetahuan kepada guru dalam menghadapi kecemasan yang berlaku ketika menjalankan tugas seharian.

Di samping itu kursus berkenaan juga untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan pertolongan cemas untuk menubuhkan Kelab Bulan Sabit Merah di maktab berkenaan dan bagi perkembangan profesional guru maktab.

Sepanjang kursus berkenaan peserta diberikan ceramah dan penerangan pengenalan mengenai Pertolongan Cemas serta mengenai tindakan yang perlu dilakukan jika menghadapi mereka yang memerlukan bantuan kecemasan termasuk yang mengalami masalah pernafasan.

Di samping itu peserta juga diberikan penjelasan mengenai dengan penggunaan CPR bagi memulihkan mereka yang tidak boleh bernafas.

Sementara itu pada hari kedua peserta pula ditunjukkan cara mencuci dan membalut luka, rawatan orang pengsan, rawatan patah, pendarahan hidung, dan cara mengangkat orang yang cedera.

Kursus itu dikendalikan lima pegawai persatuan itu dan ceramah disampaikan Pegawai Latihan dan Perkembangan Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah, Jimmy Foo dan Pegawai Komandan Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Belait Awang Haris Abd Latip.

Pada hari terakhir kursus itu hari ini peserta juga diberikan peluang untuk mencuba sendiri secara praktikal cara memberikan bantuan cemas.

Ceramah dan tunjuk cara memberikan pertolongan cemas telah dikendalikan oleh Pegawai Latihan dan Perkembangan Kebangsaan Jimmy Foo dan Pegawai Komandan Awang Haris Abd Latip bersama beberapa orang pegawai lain



Tiada ulasan: