PBSM NBD Slideshow

Isnin, 21 Disember 2009

Peralatan Pertolongan Cemas

Peralatan pertolongan cemas pada asalnya sangat ringkas iaitu hanya terdiri dari bebat dan pembalut selain dari menggunakan air namun perkembangan dunia perubatan di dalam peralatan semakin berkembang maka peralatan pertolongan cemas turut berkembang mengikut zaman. Bahkan sesetengah peti pertolongan cemas juga mengandungi peralatan rawatan yang sama seperti yang dimiliki oleh doktor-doktor perubatan yang melawat ke kampung-kampung di pendalaman.




Peralatan di dalam peti pertolongan cemas adalah bergantung kepada kegunaan di dalam berbagai keadaan seperti:

- di dalam perjalanan percutian, pengembaraan atau perlancongan
- di rumah
- di sekolah
- di dalam kereta
- di dalam perkhemahan

Berikut dihuraikan terlebih dahulu peralatan pertolongan cemas yang asas iaitu bebat dan pembalut.


Bebat & Pembalut

Bebat ada 3 jenis iaitu:

1. Bebat Medan – bagi kegunaan pasukan keselamatan
2. Bebat Luka – mengikut ukuran-ukuran luka
3. Bebat Hospital – jenis kain kasa berukuran 10 x 10 mm

Pembalut ada 2 jenis iaitu:

1. Pembalut Kain Tiga Segi – bagi menganduh, membalut, mengampu, kipas, pengikat

dan gelung cincin
2. Pembalut bergulung – bagi melakukan Balutan Lapan, Balutan Circular atau Spiral

dan Balutan Padi


Alat Pertolongan Cemas yang lain

Alat pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan orang awam. Di antaranya ialah:

- angkub (tweezers)
- plaster
- krim luka antiseptik (spt. Dettol Antiseptic Cream, dll)
- gunting lipat
- pin semat
- thermometer
- pita perekat
- sabun antiseptik
- sarung tangan getah (sekurang-kurangnya 2 pasang)
- paracetamol (spt. Panadol, dll)
- buku manual pertolongan cemas
- nombor talian kecemasan
- minyak sapu (spt. Vicks VapoRub, Minyak Cap Kapak, dll)
- tisu basah antiseptik pakai-buang


Kaedah Ikatan

Ada 2 kaedah yang digunakan:

1. Buku Sila (Reff Knot)
2. Kuku Kambing



Luka

Luka ada 2 jenis:

1. Luka tertutup seperti lebam
2. Luka terbuka iaitu luka yang dapat dilihat


Tiada ulasan: