Pengenalan
Pertolongan cemas ialah pertolongan pertama yang diberikan kepada pesakit secara tiba-tiba sebelum dihantar ke rumah sakit atau berjumpa doktor.
Tujuannya adalah:
Menyelamatkan nyawa
Mengelakkannya dari menjadi bertambah buruk
Mempercepatkan kadar penyembuhan
Ahli Pertolongan Cemas (APC)
Ahli pertolongan cemas (APC) ialah seseorang yang telah terlatih dan mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf dalam kerja-kerja pertolongan cemas.
APC bertanggungjawab ke atas pesakit dari masa menemui pesakit sehingga ianya diserahkan kepada pihak rumah sakit. Jangan meninggalkan pesakit seorang diri terutamanya pesakit yang pengsan. Buat catatan laporan mengenai pesakit dan serahkan laporan kepada doktor yang merawat pesakit itu.
Seorang APC yang bijaksana memiliki kriteria:
Teliti
Bijak
Berikhtiar
Cekap
Jelas
Tahu menilai
Terus berusaha
Bersimpati
Seorang APC juga hendaklah sentiasa bersiap sedia pada setiap masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dia hendaklah melakukan pertolongan cemas yang sesuai dengan keadaan yang berbeza-beza.
Keadaan yang berbeza-beza itu ialah:
1. bertindak serta merta
2. tentukan siapa yang patut diutamakan
3. pindahkan ke tempat perlindungan
4. berikan perlindungan gantian jika tidak dapat dipindahkan
5. mendapat cahaya yang cukup
6. undurkan orang ramai yang mengerumuni
Dasar-dasar Pertolongan Cemas
Sebelum melakukan pertolongan cemas, seseorang APC terlebih dahulu akan meneliti perkara berikut:
D - Danger (Bahaya)
R - Respond (Tindakbalas)
A - Airway (Saluran pernafasan)
B - Breathing (Pernafasan)
C - Circulation (Peredaran darah)
Dalam pada itu terdapat 4 faktor utama di dalam bidang pertolongan cemas yang perlu diberi perhatian iaitu:
1. menghadapi keadaan
2. menentukan apa yang salah pada si mangsa
3. memberi rawatan dengan segera
4. mengatur bagaimana mengendalikan mangsa sehingga mangsa segera mendapat rawatan di hospital
Tiada ulasan:
Catat Ulasan