PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 4 Februari 2011

Peluang jadi ahli Bulan Sabit Merah

Oleh Suhaiza


Antara aktiviti yang diadakan Persatuan Bulan Sabit Merah dalam pertolongan kecemasan.

Pegawai persatuan yang bertugas menerima kemasukan ahli borang.

KUALA BELAIT, 1 Feb - Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait kini sedang membukakan pengambilan ahli-ahli baru bagi tahun 2011 bermula hari ini sehingga 5 Februari ini.

Borang-borang untuk menjadi ahli persatuan itu boleh didapati di ibu pejabatnya di alamat Blok 248 A1 Jalan Bendahari Kuala Belait, bermula daripada pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Setiap pendaftaran hendaklah disertakan dengan yuran tahunan $2.00 dan mengisikan borang secara lengkap. Ia dibukakan kepada penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam yang bermastautin di Daerah Belait berumur 13 tahun ke atas lelaki dan perempuan.

Antara syarat menjadi ahli adalah mereka yang belum menjadi ahli kepada sebarang pertubuhan dan persatuan sebelum ini dan ahli-ahli dibukakan juga untuk disertai oleh penuntut-penuntut sekolah rendah kerajaan dan bukan kerajaan.

Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait kini mempunyai 13 buah unit di beberapa buah sekolah-sekolah rendah dan menengah kerajaan dan bukan kerajaan.

Pada masa ini persatuan tersebut mempunyai seramai lebih 200 orang ahli lelaki dan perempuan dan telah aktif melaksanakan beberapa buah program pada tahun lalu, termasuk merancang beberapa lagi program tahun ini.

Program ini termasuklah latihan kepada tiga buah badan beruniform Persatuan Pengakap dan Persatuan Pandu Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah pada bulan Mac di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait dan juga lawatan ke cawangan Persatuan Bulan Sabit Merah Kota Kinabalu dijadualkan pada Jun nanti.


- Media Permata Online - Rabu, 02 Februari 2011.



Tiada ulasan: