PBSM NBD Slideshow

Khamis, 31 Mac 2011

Bulan Sabit sumbang peti pertolongan cemas

Oleh Hajah Saemah Zulkifli


KUALA BELAIT, 23 Feb – Sebagai kesinambungan kepada kursus-kursus asas yang telah diadakan di beberapa buah sekolah-sekolah rendah di daerah ini, Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait telah menyumbangkan peti pertolongan cemas kepada sekolah-sekolah itu.

Sumbangan peti pertolongan cemas itu setakat ini telah disampaikan kepada dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Chung Lian, Sungai Liang dan Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait, sementara itu sumbangan kepada sekolah-sekolah lainnya akan dilakukan dalam sedikit masa lagi.


Awang Chai Yum Fatt turut menyerahkan peti kecemasan kepada guru besar Sekolah Chung Lian Sungai Liang Awang Aziz Mustapha Kula.

Peti pertolongan cemas itu disampaikan oleh pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait Awang Chai Yum Fatt.

Sementara dalam acara penyampaian kepada Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin dekat sini, beliau menyerahkannya kepada penolong Guru Kanan Pentadbiran Judith Liew Min Cho selaku wakil guru besar sekolah itu.

Terdahulu daripada itu penyerahan peti kecemasan telah dilakukan oleh Pegawai Kemasyarakatan dan Sosial persatuan itu, Awang Lim Thian Min kepada Pengerusi Persatuan itu Awang Chai Yum Fatt.


Penyampaian peti kecemasan kepada Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin Awang Chai Yum Fatt telah menyerahkannya kepada Penolong guru kanan Pentadbiran Judith Liew Min Cho selaku wakil guru besar sekolah tersebut.

Kursus-kursus asas Pertolongan Cemas kepada sekolah-sekolah Kerajaan dan bukan Kerajaan telah mula diadakan pada bulan Disember lalu dan ia akan diteruskan lagi bermula 8 Mac nanti dan kali ini ianya akan dilaratkan bagi syarikat-syarikat swasta terutama sekali yang di bawah lingkungan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Selain itu, kursus-kursus yang serupa juga akan diteruskan dalam jangka masa yang panjang dan akan turut dilaratkan kepada persatuan-persatuan dan orang-orang perseorangan, dengan tujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan asas pertolongan cemas dan kepentingannya kepada semua golongan masyarakat.

- Media Permata, Khamis 24 Februari 2011.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aw, this was an incredibly good post. Taking the time
and actual effort to generate a very good article… but
what can I say… I hesitate a lot and never manage to get anything done.



buy raspberry ketone