PBSM NBD Slideshow

Isnin, 29 Ogos 2011

Bulan Sabit Merah bertahlil

Oleh Normazlina MD





Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei Muara mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos - Kira-kira 40 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei Muara telah mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit pagi tadi.

Majlis diketuai oleh Timbalan Presiden persatuan berkenaan Haji Awang Abdul Alim Haji Awang Osman dan Setiausaha Agungnya Haji Julaini Haji Latip.

Bacaan surah Yassin dan Tahlil pula diketuai oleh Pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei Muara, Awang Abdul Qaiyum Haji Metussin.

Majlis dihadiri oleh pegawai-pegawai peringkat Kebangsaan dan peringkat Daerah serta ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah seluruh Negara.

Majlis tersebut merupakan kali kedua diadakan yang melibatkan semua peringkat ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dari ke empat-empat daerah termasuk peringkat kebangsaan dan akan menjadikannya sebagai projek tahunan persatuan itu.

Majlis itu diadakan bertujuan untuk memperingati yang telah pergi kembali ke rahmatullah. Di samping itu untuk mengumpulkan semua warga Persatuan Sabit Merah lama dan baru dari semua peringkat untuk saling kenal mengenali serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan terus memupuk semangat bersatu padu, bekerjasama dan melahirkan sifat kekeluargaan di dalam berpersatuan.


- Media Permata - Isnin, 29 Ogos 2011.

Tiada ulasan: