PBSM NBD Slideshow

Sabtu, 8 Oktober 2011

Sepakat hulur sumbangan

Oleh Hajah Saemah Zulkifli


Awang Yum Fatt (kiri) menyampaikan buku kegiatan bulanan persatuan kepada Penghulu Mukim Labi, Awang Haji Kamarhan.

KUALA BELAIT, 7 Okt - Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cawangan Daerah Belait mengadakan sesi lawatan ke rumah Penghulu Labi, Awang Haji Kamarhan Haji Atma hari ini.

Lawatan anjuran PBSM itu diketuai pengerusi persatuan, Awang Chai Yum Fatt disertai sama Ketua Perkembangan Sosial dan Kesejahteraan PBSM, Awang Lim Thian Ming. Ia antara lain bertujuan memberikan sokongan padu kepada penghulu memberikan kerjasama dan kerja sukarelawan yang diperlukan selain menghulur sumbangan kepada masyarakat kampung yang memerlukan berbentuk keperluan asasi serta membantu pelajar yang kurang berkemampuan di mukim berkenaan.

Di samping itu, JAPEM juga berharap penghulu dan penduduk dapat menghubungi pihak jabatan mereka jika memerlukan bantuan dan jabatan itu akan bekerjasama dengan PBSM cawangan Daerah Belait menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Menurut JAPEM, setakat ini PBSM cawangan Daerah Belait sudah menghulurkan beberapa bantuan berbentuk keperluan asasi kepada keluarga yang memerlukan di daerah ini demi membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

- Media Permata Online - 8 Oktober 2011.


Tiada ulasan: