PBSM NBD Slideshow

Rabu, 28 Disember 2011

Peserta kursus kecemasan terima sijil

Oleh SuhaizaTetamu kehormat Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Awang Haji Ishak menyerahkan sijil kepada peserta.
KUALA BELAIT, 25 Dis - Kira-kira 20 orang peserta Kursus Kecemasan anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM) cawangan Daerah Belait menerima sijil penyertaan pada majlis penyerahan sijil di Dewan Serbaguna Rumah Tumpangan Kerajaan di sini baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian sijil ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah.
Pengerusi PBSM cawangan Daerah Belait, Awang Chai Yum Fatt berkata, projek memberikan kursus kepada pekerja-pekerja di restoran dan gerai itu merupakan program berterusan bersama Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria untuk memberikan pengetahuan kepada para peniaga restoran dan gerai tentang cara betul menghadapi pelanggan mengalami kecemasan semasa berada di kedai mereka dan memberikan bantuan kecemasan sebelum tibanya ambulans.
Kursus tersebut yang pertama kali dianjurkan diadakan pada 28 November lalu selama dua hari, dikendalikan Ketua Jurulatih PBSM cawangan Daerah Belait, Awang Haji Ajak bin Haji Serudin.
Antara yang diajarkan kepada peserta cara asas memberikan pertolongan kecemasan serta cara memberikan rawatan kepada mereka menghadapi kecemasan termasuk rawatan CPR, tercekik, membalut tangan patah serta cara betul mengangkat pesakit ke pengusung.
Semua peserta diberikan latihan secara praktikal dan teori di sepanjang kursus yang berlangsung di ibu pejabat PBSM cawangan Daerah Belait di Jalan Nakhoda Ragam.
-Media Permata Online - Isnin 26 Disember 2011.

Tiada ulasan: