PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 17 Ogos 2012

Tinjau kehidupan penduduk kawasan pendalaman

KUALA BELAIT, Isnin, 9 Julai. - Atas dasar pemedulian dan keprihatinan terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman, serombongan pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Belait telah membuat lawatan ke beberapa rumah panjang di Mukim Labi.


Ketua Cawangan JAPEM, Daerah Belait, Dayang Noridah binti Ishak bersama rombongan ketika berkunjung ke Rumah Panjang Mendaram Besar, Labi.
(Foto : JAPEM Cawangan Daerah Belait)

Rombongan diketuai oleh Ketua Cawangan JAPEM, Dayang Noridah binti Ishak. Turut menyertai lawatan kemasyarakatan itu termasuk Ketua Kampung Labi II, Awang Haji Matusin bin Haji Mat Zain, Ketua Rumah Panjang Merdaram Besar, Berandi anak Jamau, Pengerusi PBSM, Chai Yum Fatt dan pegawai-pegawai JAPEM dan Ahli-ahli PBSM.

PENGHUNI Rumah Panjang Mendaram Besar berkesempatan bergambar ramai dengan rombongan pelawat dari JAPEM dan PBSM, Cawangan Daerah Belait.
(Foto : JAPEM Cawangan Daerah Belait)

Ketua Cawangan JAPEM bersama rombongan melawat Rumah Panjang Teraja, Rumah Panjang Mendaram Besar dan Rumah Panjang Rampayoh. Ini merupakan lawatan pertama kali pada tahun ini anjuran JAPEM dan PBSM yang bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dengan penduduk di kawasan pedalaman khususnya penghuni rumah panjang di Daerah Belait.

ROMBONGAN yang diketuai oleh Dayang Noridah ketika berkunjung ke Rumah Panjang Teraja dan bergambar ramai dengan penghuni rumah panjang tersebut.
(Foto : JAPEM Cawangan Daerah Belait)

Selain itu lawatan juga bagi mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan termasuk dari segi makanan, elaun pelajaran anak-anak, pembaikan rumah dan sebagainya. Ia juga bagi meningkatkan penglibatan pihak swasta, NGO dan persatuan-persatuan berkenaan dalam aktiviti kemasyarakatan dan menunjukkan sikap prihatin serta pemedulian terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
(Oleh : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Pelita Brunei Online - 10 Julai 2012.



Tiada ulasan: