PBSM NBD Slideshow

Selasa, 30 Oktober 2012

Majlis korban dan pengagihan daging korban terus dilaksana

Oleh Hajah Saemah Zulkefli dan Sim Y.H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt - Ibadah korban terus dilaksanakan di sana sini manakala daging-daging korban diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Ia dilakukan oleh umat Islam sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.
 
Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan dan juga mengagihkan daging korban kepada fakir-fakir miskin menerusi Majlis Ibadah Korban Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara yang diadakan di Masjid Ash Shaliheen, hari ini.
 
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara, majlis berkenaan dihadiri oleh beberapa orang pegawai dan ahli keluarga persatuan di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pengagihan daging korban ialah Presiden Majlis Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Dati Haji Yussof.
 
Menurut kenyataan lagi, seekor lembu telah dikorbankan dengan daging-daging korban diagih-agihkan kepada beberapa orang fakir miskin yang ada dalam senarai program Bantuan Kemanusiaan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei Muara.
 
[Diedit dari Media Permata keluaran Isnin 29 Oktober 2012 dan disesuaikan untuk pos-blog]
 
 

Tiada ulasan: