PBSM NBD Slideshow

Selasa, 28 Ogos 2012

Terima Sumbangan Dari BLGA


JERUDONG, Ahad, 15 April. - Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM NBD) Cawangan Daerah Brunei-Muara hari ini telah menerima sumbangan sebanyak BND11,800 dari Persatuan Golf Wanita Brunei (Brunei Ladies Golf Association - BLGA) yang telah dikurniakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersempena dengan Majlis Meraikan Ulang Tahun Hari Puja Usia Yang Teramat Mulia bertempat di Royal Brunei Golf and Country Club (RBGCC) petang tadi.


Sumbangan tersebut adalah hasil dari kutipan Kejohanan Golf Amal 2012 yang dianjurkan oleh BLGA bersempena ulang tahun Hari Puja Usia YTM selaku Penaung Diraja bagi persatuan berkenaan.

Hadir bagi menjunjung kurnia sumbangan tersebut ialah Pengarah PBSM NBD Cawangan Daerah Brunei-Muara, Awang Haji Muhd. Suhaimi bin Haji Ibrahim. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah-hadiah Kejohanan Golf Amal 2012 anjuran BLGA.



(Sumber: Pelita Brunei Online - 16 April 2012)

Belait Red Crescent holds Raya visits to homes of Cabinet Ministers

Liza Mohamad
Members visiting the residence of Legislative Council Speaker, Pehin Dato Laila Utama Haji Awg Isa.
 
At the private residence of the Minister of Health, Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan.
 
Visiting the home of Minister of Development, Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi.
 
At the residence of Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Hazair, the Minister of Culture, Youth and Sports.
 
Members at the home of Minister of Home Affairs, Pehin Dato Ustaz Haji Awang Badaruddin.
Members of the Belait Red Crescent Association recently conducted Hari Raya visits to the private residences of Cabinet Ministers and senior officers in the Brunei-Muara District.

The festive visit was led by its Chairman Chai Yum Fatt.

Members visited the homes of the Speaker of Legislative Council Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awg Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awg Ibrahim; the Minister of Health, Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof; the Minister of Development, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; the Minister of Culture, Youth and Sports, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah; the Minister of Home Affairs, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman and Deputy Minister at the Prime Minister's Office Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong.

The festive visit was the association's annual activity to foster closer relations between the Cabinet Ministers and members of non-governmental organisation.

The Raya visit was also meant to exchange ideas and views on how to improve the functions and roles of the association.
- Borneo Bulletin - Monday, August 27th, 2012.

Ahli PBSM berkunjung ke rumah menteri


Oleh Hajah Saemah Zulkefli
 
Rombongan ketika mengunjungi kediaman Menteri Kesihatan.
 
Bergambar ramai bersama Menteri Pembangunan.
 
Rombongan semasa kunjungan ke kediaman Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
 
Merakamkan kenangan bersama Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.
 
Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah bergambar ramai ketika berkunjung ke kediaman Pehin Dato Haji Awang Isa.
 

 
Awang Chai Yum Fatt menyampaikan buku kegiatan PBSM kepada Timbalan Menteri Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos - Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cawangan Daerah Belait telah mengadakan kunjungan muhibah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaan di Daerah Brunei Muara baru-baru ini.

Kunjungan muhibah tersebut telah diketuai oleh Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait, Awang Chai Yum Fatt.

Rombongan tersebut turut mengunjungi kediaman Pehin Dato Haji Awang Isa bin Pehin Dato Haji Awang Ibrahim, seterusnya ke kediaman Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Adanan; Menteri Pembangunan Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi; Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Dato Haji Hazair; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Dato Ustaz Haji Badaruddin dan Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Haji Ali bin Haji bin Haji Apong.

Kunjungan muhibah hari raya itu merupakan kegiatan tahunan yang dilakukan oleh ahli-ahli persatuan tersebut bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim bersama menteri-menteri kabinet.

Kunjungan tersebut juga turut dihasratkan untuk dapat bertukar-tukar fikiran dan pandangan bagaimana hendak meningkatkan lagi kegiatan-kegiatan dan peranan dalam persatuan tersebut.

- Media Permata - Isnin - 27 Ogos 2012.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Asas pertolongan cemas perlu dipelajari

TUTONG, Selasa, 31 Januari. - Individu perlu mempelajari serba sedikit teknik-teknik asas pertolongan cemas, kerana ia boleh menyelamatkan nyawa seseorang apabila berlaku kemalangan atau kecemasan.

Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Daerah Tutong, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly menyatakan demikian semasa berucap selaku Pengerusi Program Kursus Asas Pertolongan Cemas (First Aids) Daerah Tutong Bagi Tahun 2012, berlangsung di Pusat Belia, di sini.


PEGAWAI Pentadbir Tingkat Khas, Jabatan Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirizal bin Pengiran Haji Mahmud semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Program Kursus Asas Pertolongan Cemas (First Aids) Daerah Tutong Tahun 2012.

Menurutnya, Kursus Asas Pertolongan Cemas tersebut merupakan salah satu lagi program JBS Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Tutong dalam usahanya untuk meningkatkan kemahiran di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan serta belia-belia di daerah ini.
"Kepentingan atau keperluan kursus ini amatlah relevan bagi memenuhi keperluan hidup bermasyarakat dan saya percaya sebilangan besar kita ini tidak terbiasa dengan keadaan atau suasana panik serta tertekan apabila melihat ada seseorang yang tercedera atau dalam keadaan bahaya akibat sesuatu penyakit, kemalangan dan sebagainya," ujar beliau.
Katanya, keadaan seumpama ini boleh saja berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja umpamanya di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di jalan raya dan sebagainya di mana semua kemalangan atau kes kecemasan ini perlu diberi bantuan kerana bantuan kecemasan atau bantuan awal boleh memberi kelegaan kepada si mangsa dan boleh mengelak daripada tahap kecederaan menjadi lebih teruk dan kritikal sementara menunggu ketibaan ambulan atau pakar-pakar perubatan yang berkelayakan.

SEBAHAGIAN dari para peserta yang mengikuti Program Kursus Asas Pertolongan Cemas (First Aids) Daerah Tutong Tahun 2012.

Seramai 29 peserta berjaya menamatkan kursus asas selama dua hari bermula 30 Januari lalu itu.
Mereka terdiri daripada pegawai dan kakitangan JBS Cawangan Daerah Tutong, Ahli Persatuan-persatuan Belia, orang persendirian dan belia-belia Daerah Tutong.
Sepanjang kursus, para peserta mengikuti beberapa sesi taklimat merangkumi langkah-langkah awal yang perlu dilakukan ketika menghadapi kecemasan, tunjukcara asas menahan kesakitan, pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, melecur dan sebagainya.
PEGAWAI Pentadbir Tingkat Khas, Jabatan Belia dan Sukan, semasa bergambar ramai bersama para peserta Program Kursus Asas Pertolongan Cemas (First Aids) Daerah Tutong Tahun 2012.

Selain itu, para peserta juga diberi peluang membuat praktikal asas-asas pertolongan bagi memastikan mereka benar-benar memahami apa yang diajarkan.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada para peserta ialah Pegawai Pentadbir Tingkat Khas JBS, Pengiran Mohd. Amirizal bin Pengiran Haji Mahmud.
(Berita dan Foto : Aryentty Haji Ariffin)

Pelita Brunei Online - 01 Febuari 2012

Tinjau kehidupan penduduk kawasan pendalaman

KUALA BELAIT, Isnin, 9 Julai. - Atas dasar pemedulian dan keprihatinan terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman, serombongan pegawai dan kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Daerah Belait telah membuat lawatan ke beberapa rumah panjang di Mukim Labi.


Ketua Cawangan JAPEM, Daerah Belait, Dayang Noridah binti Ishak bersama rombongan ketika berkunjung ke Rumah Panjang Mendaram Besar, Labi.
(Foto : JAPEM Cawangan Daerah Belait)

Rombongan diketuai oleh Ketua Cawangan JAPEM, Dayang Noridah binti Ishak. Turut menyertai lawatan kemasyarakatan itu termasuk Ketua Kampung Labi II, Awang Haji Matusin bin Haji Mat Zain, Ketua Rumah Panjang Merdaram Besar, Berandi anak Jamau, Pengerusi PBSM, Chai Yum Fatt dan pegawai-pegawai JAPEM dan Ahli-ahli PBSM.

PENGHUNI Rumah Panjang Mendaram Besar berkesempatan bergambar ramai dengan rombongan pelawat dari JAPEM dan PBSM, Cawangan Daerah Belait.
(Foto : JAPEM Cawangan Daerah Belait)

Ketua Cawangan JAPEM bersama rombongan melawat Rumah Panjang Teraja, Rumah Panjang Mendaram Besar dan Rumah Panjang Rampayoh. Ini merupakan lawatan pertama kali pada tahun ini anjuran JAPEM dan PBSM yang bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dengan penduduk di kawasan pedalaman khususnya penghuni rumah panjang di Daerah Belait.

ROMBONGAN yang diketuai oleh Dayang Noridah ketika berkunjung ke Rumah Panjang Teraja dan bergambar ramai dengan penghuni rumah panjang tersebut.
(Foto : JAPEM Cawangan Daerah Belait)

Selain itu lawatan juga bagi mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan termasuk dari segi makanan, elaun pelajaran anak-anak, pembaikan rumah dan sebagainya. Ia juga bagi meningkatkan penglibatan pihak swasta, NGO dan persatuan-persatuan berkenaan dalam aktiviti kemasyarakatan dan menunjukkan sikap prihatin serta pemedulian terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.
(Oleh : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Pelita Brunei Online - 10 Julai 2012.



Khamis, 2 Ogos 2012

Sengatan Obor-obor/ubur-ubur/ampai-ampai


 Ubur-ubur Monterey

Cara merawat:

1. Rendamkan bahagian yang disengat di dalam larutan ammonia yang lemah.  Kemudian rendamkan pula di dalam larutan garam Epsom.
2.  Jika keadaannya serius, dapatkan bantuan perubatan, dail 991.

Penting: Untuk semua sengatan dan gigitan, berikan ubat penahan sakit kepada orang yang malang dan elakkan dari pergerakan yang tidak perlu.

Sengatan Kala Jengking & Lipan



 Lipan


 Kala jengking

Sengatan kedua serangga ini mungkin menyebabkan kegagalan pernafasan.  Cara merawatnya adalah seperti berikut:

1. Balutkan sekejap-sekejap dengan pembalut di bahagian atas berdekatan dengan tempat sengatan untuk mengurangkan penyerapan bisa
2.  Gunakan ais atau air sejuk untuk melambatkan penyerapan bisa
3.  Berikan pil penahan sakit kepada mangsa dan suruh ia berehat
4.  Lakukan CPR jika mangsa tidak sedarkan diri.


Berikrar tumpukan taat setia


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 15 Julai. - Seluruh lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam amat bersyukur kerana dapat merayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-66 dalam suasana aman, makmur dan sejahtera.

Seluruh rakyat juga menjunjung kasih atas kebijaksanaan kepimpinan baginda yang adil dan saksama yang berjaya membawa bumi bertuah ini mencapai kemajuan dan kesejahteraan di samping meletakkan bumi Darussalam ini sebagai sebuah negara yang berdaya saing.

Dalam pendekatan wakil PELITA BRUNEI dengan pegawai dan kakitangan berpakaian seragam di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien pagi tadi, mereka dengan penuh ceria berikrar menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.


(Edited)


Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Muhd. Suhaimi bin Haji Ibrahim, 30, ketika ditemui menjelaskan, tiga tugas yang dikendalikan setiap tahun termasuk perbarisan kehormatan, memberi bantuan perubatan bersama Kementerian Kesihatan dan menjaga kesejahteraan penuntut-penuntut sekolah.

PENGARAH Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Muhd. Suhaimi bin Haji Ibrahim. (Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)


Jelasnya, ahli-ahli yang bertugas seramai 120 orang iaitu 100 orang menjaga di luar benteng bermula daripada Taman Haji Sir Muda hingga ke Ranggas dan 20 lagi bertugas dalam khemah bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Perubatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan MRS.

Majoriti para penuntut yang melibatkan diri dalam sambutan tahun ini tambahnya adalah daripada persatuan di sekolah masing-masing yang di bawa bekerja bersama dalam komuniti (masyarakat).

"Pihak Bulan Sabit Merah Cawangan Daerah Brunei dan Muara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Puja Usia Baginda Ke-66 Tahun di samping memanjatkan rasa syukur agar baginda dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki," katanya.

(Oleh : Nooratini Haji Abas)

Pelita Brunei - Isnin - 16 Julai 2012.