PBSM NBD Slideshow

Rabu, 11 November 2009

Untuk Semua Guru Pengawas………..

Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke 19 bagi Negara Brunei Darussalam Tahun 2009M/1430H, blog bruneiredcrescentsociety@blogspot.com mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Pengawas Pertubuhan Bulan Sabit Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Negara Brunei Darussalam.

Terima kasih atas sumbangan biskita sama ada dari segi tenaga, buah fikiran mahupun kewangan di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Bulan Sabit Merah di peringkat pertubuhan dan persatuan.

Semoga segala sumbangan dari biscigu ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala jua serta akan memperkukuhkan organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam.

Seperti di tahun-tahun yang sudah, majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini turut dihadiri oleh beberapa orang ahli PBSM yang bertugas selaku Ahli Jawatankuasa Kerja Sambutan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 5 November 2009 yang lalu.


Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Guru
Negara Brunei Darussalam

Kali Kesembilan Belas 2009

Bahagian Keselamatan dan Kecemasan
(First Aid)

Ketua
Awang Jalil bin Pengarah Haji Kapitan
(Ketua Unit Beruniform, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan)

Ahli-ahli
Awang Haji Othman bin Yusof
(Pengarah PBSM NBD Daerah Brunei-Muara)
Dayang Izat binti Haji Tuah
(Unit Beruniform, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan)
Dayang Rosni binti Haji Yahya



Tiada ulasan: