PBSM NBD Slideshow

Isnin, 22 Februari 2010

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam


Pada hari ini, Selasa 09 Rabi'ul Awwal 1431H bersamaan dengan 23 Febuari 2010M genaplah 26 tahun usia kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Sambutan ulangtahun Hari Kebangsaan bermula dengan Majlis Membaca Surah Yaasiin dan Doa Kesyukuran di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Pada pagi ini, upacara perhimpunan agung diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien mulai jam 7:30 pagi. Seperti di tahun-tahun yang sudah, PBSM NBD turut menghantar ahli-ahlinya bagi membantu tugas-tugas kecemasan. Keadaan cuaca hujan renyai-renyai seawal 7 pagi tadi tidak menghalang anggota-anggota PBSM NBD melakukan tugasan mereka.
Tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini ialah "Negaraku Brunei Darussalam"

Tiada ulasan: