PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 26 Februari 2010

PBSM NBD DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu – Majlis Sambutan Maulidur-Rasul 1431H peringkat negara telah diadakan pada hari ini 13 Rabi’ul Awwal 1431H bersamaan dengan 27 Febuari 2010 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien di ibu negara. Sepertimana lazimnya, sepasukan ahli dari PBSM NBD turut memberikan khidmat mereka kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.



Khemah Perubatan Kementerian Kesihatan (Hospital Ripas)




Di antara ahli-ahli PBSM NBD yang bersiap sedia untuk menjalankan tugas pada pagi tersebut


Walaupun acara bermula pada jam 7:30 pagi namun beberapa orang ahli PBSM NBD sudahpun berada di khemah perubatan Kementerian Kesihatan seawal jam 6:45 pagi. PBSM bertugas bersama-sama dengan pasukan Paramedik Hospital RIPAS dan Perkhidmatan Perubatan Tentera ABDB.

Di antara aturcara majlis ialah Keberangkatan Tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan bersama ahli-ahli kerabat diraja yang lain. Diikuti dengan Sembah aluan oleh YB Pehin Menteri Ugama, Persembahan Dikir Marhaban, Bacaan Selawat, Doa Selamat dan yang terakhir ialah perarakan berjalan kaki sejauh 2.5 km. Beberapa orang peserta yang mengalami pening dan pitam mendapat rawatan dari pihak berkenaan sehingga acara selesai pada kira-kira jam 10 pagi.

Tema sambutan Maulidur Rasul 1431H ini ialah "Illahi Selamatkan Brunei Darussalam”.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi, as you can see this is my first post here.
Hope to receive any assistance from you if I will have any quesitons.
Thanks in advance and good luck! :)

Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam berkata...

You can asked questions either in Malay and English. I'll answered as best as I can. Thank you for dropping by.

Tanpa Nama berkata...

Hello there, just became aware of your blog through Google,
and found that it is really informative. I am gonna
watch out for brussels. I'll be grateful if you continue this in future. Lots of people will be benefited from your writing. Cheers!

My webpage; akribos