PBSM NBD Slideshow

Sabtu, 8 Mei 2010

Henry Dunant, Pengasas Palang Merah


Jean Henry Dunant
(8 Mei 1828 - 30 Oktober 1910)

Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) lahir pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.

Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria.

Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat.

Buku A Memory of Solferino

(Klik sini untuk baca)

Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu:


1. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

2. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu.

Hasilnya pada tahun 1863 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1863 (Konvensyen Pertama) juga berdasarkan cadangan Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini.

Pada 1901 Henry Dunant telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel. Beliau telah meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich, Switzerland.
Sebagai memperingati jasanya, tarikh lahir Henry Dunant yang jatuh pada 8 Mei dijadikan sebagai Hari Bulan Sabit/Palang Merah. Bagi PBSM NBD dan PBSM Malaysia (PBSMM) hari tersebut dikenali sebagai Hari Bendera yang disambut pada setiap tahun.

Tiada ulasan: