PBSM NBD Slideshow

Sabtu, 17 Julai 2010

Kepesatan pembangunan negara dinikmati semua golongan masyarakat

Berita dan Foto: Zakiyah Abdullah

TUTONG, Isnin, - 17 Julai. – Ribuan rakyat dan penduduk Daerah Tutong dari pelbagai peringkat dan kaum membanjiri padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan bagi sama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-60.

Keceriaan dan keriangan jelas terbayang pada setiap wajah yang sejak awal pagi lagi datang beramai-ramai menantikan keberangkatan Kebawah DYMM untuk menjunjung ziarah dan beramah mesra dengan baginda.

Keriangan orang ramai sempat dirakamkan oleh wakil PELITA BRUNEI dengan menemu bual beberapa orang penduduk yang hadir.

(Bahagian ruang teks asal yang telah disunting mengikut kesesuaian)

Awang Mohd. Hajatul Nasri bin Roslan, 16 tahun yang sudah lebih lima tahun menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Bukit Beruang pula menyifatkan ekonomi negara perlu dipertingkatkan dengan mempelbagaikan sumber-sumber alam yang ada di negara ini khususnya 'sumber hijau' dan tidak hanya bergantung pada minyak dan gas sahaja.

"Keberangkatan baginda ke daerah ini memang dinanti-nantikan dan saya berasa amat gembira kerana berpeluang bertemu raja yang dikasihi secara lebih dekat. Ini merupakan kali yang kelima saya terlibat dengan acara sebegini dan saya amat berbangga kerana penglibatan saya ini,” katanya.

Mengenai kenaikan mata gaji dan elaun sara hidup yang dikurniakan oleh Kebawah DYMM kepada kakitangan kerajaan beliau menyifatkannya sebagai suatu yang amat baik kerana dengan adanya kenaikan tersebut akan dapat membantu golongan-golongan yang berpendapatan rendah.



Manakala rakannya, Dayang Norafiqah binti Mohd. Daud, 16 tahun yang telah menjadi ahli Bulan Sabit Merah selama dua tahun juga turut merasakan kemeriahan sambutan Majlis Ramah Mesra tersebut dan merasa berbangga serta beruntung kerana berpeluang melibatkan diri sebagai salah seorang sukarelawan dalam majlis seumpama itu.


- Pelita Brunei – Rabu, 19 Julai 2006.


Tiada ulasan: