PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 16 Julai 2010

Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Bulan Sabit Merah

Oleh: Hajah Saemah Zukefli



KUALA BELAIT, Selasa – Mangsa-mangsa kebakaran di berek kerajaan di Jalan Paduka Tuan di sini Jumaat lalu turut menerima bantuan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait.

Sehubungan itu, majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran terbabit telah diadakan di kawasan pemindahan sementara mangsa di berek Jabatan Kerja Raya di Jalan Singa Menteri di sini hari ini.

Sumbangan berbentuk pakaian, makanan asas harian dan sebagainya telah disampaikan oleh Pengarah Daerah Persatuan Bulan Sabit Merah, Awang Haji Bujang Harun yang disaksikan bersama oleh Pegawai Perhubungan Awam Kebangsaan persatuan itu, Awang Haji Mohd Ali Haji Abang, Pegawai Latihan dan Perkembangan Kebangsaan Awang Jimmy Foo Jee Shing dan beberapa pegawai kanan persatuan sukarelawan itu.

Majlis juga disaksikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Kerja Raya Awang Haji Mohd Alimin Haji Mohd Tanjong serta beberapa pegawai kanan di Jabatan Kerja Raya serta Ketua Kampung Mukim Belait Awang Haji Johari Haji Omarali.

Media Permata, Rabu, 12 Julai 2005



Tiada ulasan: