PBSM NBD Slideshow

Rabu, 1 September 2010

Perbanyakkan ceramah di masa akan datang

Oleh Rafidah Jumat


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis – Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan daerah Brunei Muara dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum baru-baru ini telah mengadakan ceramah sempena sambutan Israk Mikraj dihadiri Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Haji Kassim Haji Mohammad Yassin.

Pada majlis itu, Ketua Bahagian pasukan beruniform yang juga selaku pengerusi majlis, Awang Jalil Haji Kapitan dalam ucapan alu-aluannya berkata ceramah seperti ini perlu diperbanyakkan di masa akan datang.

Beliau antara lain turut menyentuh mengenai pentingnya untuk mempertingkatkan penglibatkan Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah-sekolah.

Majlis kemudian disusuli dengan ceramah bertajuk Mengubah Fikiran Ke Arah Kepimpinan Belia yang disampaikan oleh Hisham Ismail dari Pusat Dakwah Islamiah.

Ceramah beliau antara lain menyentuh mengenai kepimpinan Rasulullah yang perlu dicontohi oleh pemimpin belia negara ini selain turut mengongsi cerita kecuaian tentera Muslimin dalam peperangan Uhud yang akhirnya membawa padah kerana tidak mengikuti arahan pemimpin mereka.



Sebahagian daripada ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang menghadiri ceramah itu.


- Media Permata – Jumaat, 13 Ogos 2010

Tiada ulasan: