PBSM NBD Slideshow

Isnin, 25 April 2011

Majlis Persembahan Kokurikulum II KUPU SB

Oleh Hasrulraizan



Dr Haji Abdullah ketika merasmikan pameran dan jualan berkenaan.




Para ahli Persatuan Bulan Sabit Merah KUPU SB di belakang meja pameran mereka.




Kalangan warga KUPU SB di salah sebuah toko buku dalam pameran dan jualan itu.





Kanak-kanak turut sama menyertai walkaton dari KUPU SB ke Kubah Makam Diraja Brunei dan kembali semula ke KUPU SB sejauh 2 kilometer berkenaan.


BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April - Majlis Persembahan Kokurikulum II Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) selama dua hari bermula hari ini dengan walkaton, perasmian pameran dan jualan serta perasmian tabung untuk Tabung Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Jepun.


Mengepalai acara walkaton sejauh 2 kilometer yang dimulakan dengan senaman ringan, dan kemudiannya merasmikan pameran dan jualan dengan memotong reben dan seterusnya menjadi orang pertama menyumbangkan derma ke dalam tabung khusus berkenaan ialah Timbalan Ra'es KUPU SB, Dr Haji Abdullah Awang Lampoh.


Turut serta dalam pameran dan jualan yang diadakan di dalam Dewan Besar KUPU SB itu ialah Sukarelawan KUPU SB, Persatuan Bulan Sabit Merah KUPU SB, Kadet Bomba KUPU SB, Jabatan Mufti Kerajaan, Pusat Da'wah Islamiah, Biro Mencegah Rasuah, dua buah toko buku tempatan dan para pensyarah KUPU SB.


Antara lain tujuan majlis persembahan kokurikulum itu diadakan setiap semester adalah untuk mendedahkan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terdapat di KUPU SB, yang termasuklah aktiviti keugamaan selain sukan, pasukan beruniform dan khidmat masyarakat.
Majlis akan diteruskan lagi esok dengan pemeriksaan perbarisan pasukan kawalan, perbarisan lalu pasukan kawalan, persembahan sketsa pertolongan cemas, di samping pameran dan jualan turut disambung. Dijangka menjadi tetamu kehormat esok ialah Ra'es KUPU SB, Dr Hajah Masnon Haji Ibrahim.


BMR dalam pameran itu diwakili Bahagian Pendidikannya yang diketuai oleh Pemangku Penolong Pengarah BMR, Haji Meraj Haji Ahmad, dengan mempamerkan aktiviti sepanjang tahunnya serta mempromosikan barang-barang serta buku-buku Pendidikan Pencegahan Rasuah, dan sesi kuiz interaktif.


Tujuan BMR menyertai pameran itu adalah untuk memberikan pendedahan mengenai rasuah kepada para pelajar KUPU SB dan orang ramai yang berkunjung ke pameran berkenaan ke arah mencapai misi BMR menjadikan Negara ini bebas rasuah.


Media Permata Online Sabtu/Ahad, 23 April 2011.


Tiada ulasan: