PBSM NBD Slideshow

Sabtu, 23 April 2011

PBSM Tutong terima lawatan rombongan PBSM Brunei Muara

Oleh Haji Hussin Haji Sha'ari






Pengerusi Majlis, Awg Mohd Shahrol Redhwan Haji Mohd Yusof semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.


Pengerusi Majlis bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain.



Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.



Sebahagian daripada para peserta rombongan PBSM Daerah Brunei Muara.




TUTONG, 18 April - Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Tutong (PBSM) baru-baru ini menerima lawatan rombongan 60 ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei Muara terdiri daripada ahli dari empat buah sekolah bersama guru pengawas mereka, bertujuan bertukar-tukar fikiran serta mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain.


Peserta rombongan itu adalah dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Sekolah Menengah Masin dan Sekolah Menengah Awang Semaun.


Rombongan diketuai oleh Pegawai Kadet, Awang Mohd Noorhamdillah Suhaili dan ketibaan mereka dialu-alukan oleh Pengerusi Majlis, Awang Mohd Shahrol Redhwan Haji Mohd Yusof serta ahli-ahli jawatankuasa lain.


Sebelum acara dimulakan, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan disusuli ucapan daripada ketua rombongan.


- Media Permata Online - Selasa, 19 April 2011

Tiada ulasan: