PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 2 Mac 2012

Kibar bendera pupuk rasa cintakan negara

RIMBA, Rabu, 15 Februari. - Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28 giat dijalankan oleh pelbagai pihak. Institusi-institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan sekolah-sekolah di negara ini juga tidak ketinggalan mengibarkan bendera negara bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan negara ini.



TETAMU kehormat, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar ketika menyerahkan bendera kepada Pegawai Kawad Persatuan Bulan Sabit Merah pada Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan di Sekolah Menengah Rimba II. (Foto : Azmah Hj. Ahad)

Petang tadi, Sekolah Menengah Rimba II juga mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Negara bertempat di kawasan lapang berhadapan sekolah berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar.


UPACARA Menaikkan Bendera yang diadakan di Sekolah Menengah Rimba II.
(Foto : Azmah Hj. Ahad)

Majlis dimulakan dengan perbarisan seramai 28 penuntut dari Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Rimba II yang membawa bendera negara diikuti Upacara Menaikkan Bendera yang diiringi dengan nyanyian Lagu Kebangsaan oleh penuntut-penuntut dari Kelab Koir Sekolah Menengah Rimba II. Bendera negara yang berkibar megah itu memperlihatkan semangat patriotik di kalangan para pelajar dalam sama-sama memupuk rasa perpaduan cintakan bangsa dan negara.

(Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad)
Pelita Brunei Online - 16 Febuari 2012.

Tiada ulasan: