PBSM NBD Slideshow

Selasa, 28 Februari 2012

LAPORAN DARI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SEKOLAH MENENGAH AWANG SEMAUN 1989



Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Awang Semaun mempunyai ahli seramai 94 orang penuntut dan 2 guru pengawas.

Di antara kegiatan yang dijalankan mulai bulan Januari hingga Oktober, 1989 ialah:-

1. Memohon pakaian seragam persatuan di Unit Akli, Bahagian Kegiatan Luar, Kementerian Pendidikan pada 25hb. Januari, 1989.

2. 11 orang ahli menyertai latihan dalam bahagian membaca ikrar semasa Hari Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 1hb. Februari, 1989.

3. 8 orang ahli bertugas di Stadium Negara Hassanal Bolkiah semasa Hari Kebangsaan pada 3hb. Feruari, 1989.

4. 94 orang ahli menyertai latihan Hari Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 4hb. Februari, 1989.

5. 81 orang ahli menyertai latihan Hari Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 9hb. Februari, 1989.

6. 94 orang ahli menyertai latihan Hari Kebangsaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 13hb. Februari, 1989.

7. Memohon pelatih dari Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara bagi mempelajari asas-asas pertolongan cemas dengan lebih teratur dan berkesan pada 18hb. Februari, 1989.

8. Memohon lawatan ke Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Belait pada 2hb. April, 1989.

9. Menghadiri kerja Kebajikan Masyarakat gotong royong bagi ahli-ahli pasukan beruniform Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab Daerah Brunei Muara pada 26hb. April, 1989 Taman Mini Perayaan di Kampong Parit anjuran Unit Akli, Bahagian Kegiatan Luar, Kementerian Pendidikan.

10. Memohon meminjam stretcher bagi kegunaan rentas desa pada 25hb. Mac, 1989 di Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei / Muara.

11. 3 orang ahli mewakili lawatan ke Syarikat Minyak Shell pada 19hb. Mei, 1989 bagi ahli-abli pasukan beruniform Unit Akli, Bahagian Kegiatan Luar, Kementerian Pendidikan.

12. 62 orang ahli telah hadir dalam majlis penyampaian sijil keahlian dan kenaikan pangkat anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei Muara pada 21hb. Mei, 1989 jam 2.00 petang.

13. Seorang ahli akan menyertai kursus pengenalan Asas Keno Pasukan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah / Maktab anjuran Unit Akli, Bahagian Kegiatan Luar, Kementerian Pendidikan.

14. 20 orang ahli persatuan telah mengadakan lawatan sempena Hari Antarabangsa menentang penyalahgunaan dan pengedaran Dadah Haram di Biro Kawalan Narkotik pada 26hb. Jun, 1989.

15. 2 orang ahli telah bertugas di perlumbaan Basikal dari Kuala Belait ke Muara pada 2hb. Julai, 1989.

16. Seramai 42 ahli telah menghadiri latihan perbarisan sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M. pada 12hb. Julai, 1989.

17. Menghadiri latihan perbarisan sempena Hari Keputeraan Kebawah D.Y.M.M. Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei darussalam yang ke 43 tahun pada 15hb. Julai, 1989.

18. Seramai 66 ahli telah bertugas semasa perarakan majlis berkhatan Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pada 3hb. Ogos, 1989.

19. Seramai 54 ahli telah mengadakan lawatan ke Brunei Shell Recreation Club Seria sempena pameran 60 tahun Brunei Shell pada 12hb. Ogos, 1989.

20. Seramai 35 ahli telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pusat Sejarah pada 6hb. September, 1989.

21. Seramai 55 ahli mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Belait – Seria pada 10hb. September, 1989.

22. 11 ahli telah bertugas semasa sukan antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab di Stadium Negara pada 23hb. September, 1989.

23. 15 ahli telah bertugas semasa sukan antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab di Stadium Negara pada 24hb. September, 1989.

24. 13 ahli telah bertugas semasa sukan antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab di Stadium Negara pada 25hb. September, 1989.

25. 30 ahli telah bertugas semasa sukan antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab di Stadium Negara pada 26hb. September, 1989.

26. Seramai 10 ahli telah menjalani latihan perbarisan bersempena dengan sukan antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab di Stadium Negara pada 21hb. September, 1989.

27. Bertugas semasa kejohanan Rentas Desa antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Peringkat Negara kali ke 15 di Sekolah Menengah Awang Semaun pada 30hb. September, 1989.

28. Seramai 18 ahli bertugas semasa Joggaton / Walkaton anjuran Kementerian Pendidikan pada 8hb. Oktober, 1989.

29. Seramai 7 ahli bertugas semasa pemilihan acara pertandingan pencak silat bagi Sekolah Menengah Awang Semaun pada 9hb. Oktober, 1989.

30. Bertugas semasa perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. pada 12 Oktober, 1989.

31. Seorang ahli perempuan telah menjalani kursus belia beruniform di bawah umur 18 tahun ke bawah di Kinarut, Sabah, Malaysia pada 26hb. Oktober, 1989.

32. Mengeluarkan borang keahlian bagi ahli baru Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara pada 26hb. Oktober, 1989.

33. Seperti biasa tiap-tiap hari jumaat bermula jam 2.00 hingga 4.30 petang ahli persatuan belajar secara teori dan praktikal di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah, di Ong Sum Ping.

Akhirnya diharapkan di tahun akan datang, Insya Allah Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Awang Semaun akan terus berusaha bagi meningkatkan imej persatuan dengan lebih baik dan mempergiatkan persatuan bagi mendalami dan mempelajari ilmu pengetahuan serta kefahaman dalam berpersatuan.

Yang Menjalankan Tugas,
Awang Nasib bin Ismail,
Dayang Zaleha bte Haji Metussin
Guru-Guru Pengawas
Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Menengah Awang Semaun
Brunei Darussalam.
Tarikh : 26hb. Oktober, 1989.

Tiada ulasan: