PBSM NBD Slideshow

Rabu, 19 September 2012

Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja Sempena Hari Guru Ke-22


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 September. - Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pasukan Berunifom dan Perkhidmatan Kemasyarakatan petang tadi mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali' Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sempena Hari Guru Ke-22 Tahun 2012 yang berlangsung di Kubah Makam Diraja di sini.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Bakar beserta pegawai dan kakitangan, beserta guru-guru dan kadet-kadet dari pasukan berunifom.


MAJLIS Bertahlil Sempena Hari Guru Tahun 2012 bagi Guru-guru Pengawas dan Beruniform. (Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Hj. Mohd. Ali)

Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al Faatihah dan diikuti Surah Yaa Siin dan bertahlil yang di kepalai oleh Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohamad.

Majlis yang diadakan ini merupakan salah satu acara bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Guru Kali Ke-22 di samping untuk mengambil berkat tanda kesyukuran dan mengenang jasa bakti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien sebagai Arketik Brunei Moden.

Antara pasukan kadet yang terlibat di majlis ini ialah Kadet Tentera, Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap dan Bulan Sabit Merah dari 22 buah sekolah yang berjumlah keseluruhan seramai 250 orang.
 
(Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman)



Pelita Brunei Online - Rabu, 19 September 2012.



Tiada ulasan: