PBSM NBD Slideshow

Rabu, 19 September 2012

PBSM kongsi raya


Oleh Yusrin Junaidi

Di antara yang hadir di majlis berkenaan.


BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept - Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam tahun ini buat kali pertamanya mengadakan sambutan Aidilfitri dengan berkongsi kemeriahan raya bersama dengan keluarga daif dan fakir miskin, orang-orang berkeperluan khas.

Majlis diadakan di Dewan Sekolah Menengah STPRI itu bertujuan mengeratkan jalinan silaturahim dalam kalangan pegawai, guru-guru pegawas dan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah negara ini.

Hadir di majlis itu ialah Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yussof. Turut hadir ialah Pengarah Daerah Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Brunei dan Muara selaku pengerusi majlis ialah Awang Haji Muhd Suhaimi bin Haji Ibrahim.

Majlis turut dimeriahkan dengan acara persembahan nyanyian, sketsa oleh Ahli Jawatankuasa Kerja dan persembahan Tausyeh oleh ahli PBSM Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan banyak lagi.

Keluarga daif dan fakir miskin serta orang-orang berkeperluan khas turut menerima sumbangan dari Insurans Islam Taib yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Media Permata Online - Isnin, 17 September 2012.

Tiada ulasan: