PBSM NBD Slideshow

Sabtu, 27 Mac 2010

Majlis penutup perkhemahan pasukan beruniform sekolah-maktab

Oleh H Bat & Zai

Sebahagian peserta perkhemahan pasukan beruniform sekolah menengah dan maktab yang menghadiri majlis penutup berkenaan.

TUTONG, Isnin - Perkhemahan pasukan-pasukan beruniform sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab seluruh negara kali pertama yang bermula 18 Mac lalu kini berakhir dengan majlis penutup yang diadakan di Dewan Makan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Hadir selaku tetamu kehormat dan menutup rasmi perkhemahan ini ialah Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pehin Datu Perkema Jaya Kolonel Mohd Tawih Abdullah.


Majlis penutup rasmi ini di mulakan bacaan surah al-Fatihah beramai-ramai di ketuai oleh PW2 (DSM) KT Haji Mahdini Haji Ismail diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi perkhemahan, Mejar Idris OKMB Haji Othman, Pegawai Memerintah Pasukan Kadet Tentera ABDB. Seterusnya ucapan dari wakil peserta perkhemahan iaitu Sarjan KT Burhasan Bujang dan ucapan penutup rasmi oleh tetamu kehormat majlis, Pehin Datu Perkema Jaya Kolonel Mohd Tawih Abdullah yang juga berkesempatan beramah mesra dengan para peserta perkhemahan.


-Media Permata. Selasa, 23 Mac 2010


Tiada ulasan: