PBSM NBD Slideshow

Isnin, 5 Julai 2010

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS DALAM AKTIVITI BERPENGAKAP

Pendahuluan

Di dalam aktiviti berpengakap, pertolongan cemas adalah satu keperluan yang bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan lencana-lencana tertentu bahkan ianya digunakan berterusan seumur hidup. Bagi Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) kemahiran ini diperakui dengan anugerah-anugerah tertentu seperti lencana kemahiran dan sijil pengakuan dan pengiktirafan.


Kemahiran Pertolongan Cemas

Kemahiran pertolongan cemas di dalam aktiviti berpengakap diperakui dengan penganugerahan lencana-lencana kemahiran dan kemajuan di dalam setiap cabang pasukan pengakap.

Cabang-cabang pasukan pengakap ialah:

1. Unit Pengakap Serigala (berumur 7 hingga 11 tahun)
2. Unit Pengakap (berumur 12 hingga 16 tahun)
3. Unit Pengakap Venture (berumur 17 hingga 20 tahun)
4. Unit Pengakap Kelana (berumur 21 hingga 30 tahun)


Lencana – Pengakap Serigala

Lencana Anak Panah:

1. Anak Panah Gangsa:



Lencana Anak Panah Gangsa



9. Pertolongan Cemas.

a) Tahu tentang mustahaknya kebersihan dalam Pertolongan Cemas.
b) Tahu bagaimana merawat luka.
c) Tahu tentang mustahaknya mendapatkan bantuan orang dewasa dalam kejadian-kejadian kecemasan.

2. Anak Panah Perak:




Lencana Anak Panah Perak

9. Kecemasan:

a) Menunjukkan bagaimana menolong orang keluar darah di hidung (tikus-tikusan)
b) Mengetahui sebab-sebab hangus dan luka terbakar.
c) Buat kotak pertolongan cemas dan bawa bersama-sama dalam penjelajahan Unit Pengakap Serigala awak.


3. Anak Panah Emas:



Lencana Anak Panah Emas


9. Pertolongan Cemas.

a) Tahu menggunakan pembalut ‘roller bandage’ dan kain tiga segi ‘triangular bandage’
b) Balut endul lengan (arm sling)
c) Tahu bagaimana mengurus kaki salah urat.



Lencana Kecekapan Pengakap Anak Serigala:



Lencana Pembantu Pertolongan Cemas

PEMBANTU PERTOLONGAN CEMAS
(FIRST AIDER)

1. Mengetahui had pertolongan cemas dan keperluan mendapatkan pertolongan dewasa.
2. Mengetahui bagaimana mengawal darah keluar dengan memakai tekanan langsung.
3. Mengetahui akan mustahaknya kebersihan dan menunjukkan bagaimana membalut luka-luka yang kecil dan melecetkan dengan kain kasa (quaza) dan pembalut bergulung (roller bandage) ; pakai dan buangkan balutan yang melekat.
4. Tunjukkan kegunaan pembalut segitiga (triangular bandage) sebagai anyunan tangan (arm sling) yang besar dan pembalut lutut.
5. Tunjukkan bagaimana menghiburkan seorang pesakit.
6. Mengetahui sebab-sebab hangus dan terbakar yang seringkali berlaku di rumah dan pencegahannya ; bagaimana memadamkan pakaian yang hangus ; cara mudah merawat merawat hangus dan terbakar.
7. Mempunyai pengetahuan cara penyelamatan secara pernafasan (respiratory resuscitation) dari mulut ke mulut dan di mana terdaya menunjukkan cara ini dengan memakai tatek (manikin) atau pertolongan yang dibenarkan.




Lencana – Pengakap


Lencana Scout Standard

SCOUT STANDARD

Diluluskan oleh Ketua Patrol dan dianugerahkan atas sokongan Majlis Ketua-Ketua Patrol. Seharusnya diperolehi dalam tempoh satu tahun.

1. Ketaatsetiaan Kebangsaan
2. Percaya Kepada Diri Sendiri
(b) Sediakan satu alat kelengkapan pertolongan cemas persendirian untuk pengembaraan.
3. Tanggungjawab
(a) Bersihkan luka dan balut.
4. Penjelajahan
5. Kemahiran
6. Kawad.



Lencana Advanced Scout Standard

THE ADVANCED SCOUT STANDARD

Diluluskan atas urusan-urusan yang dibuat oleh Pemimpin Pengakap. Seharusnya dicapai sebelum umur 14 tahun.

1. Percaya Kepada Diri Sendiri
2. Tanggungjawab
(a) Kecemasan: Tunjukkan cara-cara hendak memberikan penerangan ringkas dan terang bila membuat panggilan kepada polis, bomba atau ambulan.
(b) Pertolongan Cemas: Tahu tindakan pertolongan cemas untuk luka-luka,
berdarah dari hidung, kena sengat, terbakar dan pening. Tahu cara
mengelakkan `Sun-burning’. Tunjukkan penggunaan kain tiga segi sebagai balut tangan (sling).
3. Penjelajahan
4. Kemahiran
5. Kawad.

SKIM LENCANA KECEKAPAN PENGAKAP

Dalam Skim Lencana Pengakap, ada empat kumpulan lencana di bawah tajuk: Kegemaran, Ujian, Khidmat dan Jurulatih.

Lencana Perkhidmatan (Service) diuji pada standard yang lebih tinggi dan diuntukkan kepada Pengakap-Pengakap yang tinggi usianya. Standardnya adalah tetap dan tidak boleh disesuaikan untuk Pengakap yang muda. Ini bukannya berkenaan dengan teori perkhidmatan tetapi termasuk tugas-tugas praktiknya. Lencana ini mempunyai warna latar-belakang merah.

Majlis Pengakap Daerah akan melantik Pemeriksa-Pemeriksa Lencana untuk Ujian, Perkhidmatan dan Jurulatih.


Lencana Pertolongan Cemas

PERTOLONGAN CEMAS
(Perkhidmatan)

A. Pengakap yang telah memperolehi Sijil Asas Pertolongan Cemas Pertubuhan St. John atau Pertubuhan Bulan Sabit Merah dengan sendirinya boleh memakai Lencana Pertolongan Cemas ini.

B.

1. Memahami prinsip dan amalan Pertolongan Cemas.
2. Boleh menerangkan susunan anggota-anggota tubuhbadan dan fungsi tiap-tiap satunya.
3. Mengetahui kedudukan urat-urat nadi yang besar-besar dan tahu bagaimana hendak memberhentikan keluaran darah daripada urat-urat nadi itu.
4. Tunjukkan cara bagaimana hendak memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk terkejut kena karan letrik.
5. Mengetahui bagaimana hendak menggunakan balutan segi tiga kepada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku dan balutan bergulung kepada semua anggota badan.
6. Tunjukkan cara bagaimana hendak mengendali tulang-tulang patah dan mengetahui mustahaknya anggota-anggota yang patah dan yang disyakkan patah itu dijaga daripada bergerak-gerak.
7. Tunjukkan cara pemulihan pernafasan “Holger Nielsen”.
8. Memahami peraturan-peraturan rawatan bagi terkena racun.
9. Memahami kaedah mengawasi dan mengangkat orang-orang cedera.
10. Tunjukkan cara bagaimana hendak menghantar berita dengan betul samada dengan lisan, bertulis atau telefon.




PENGAKAP VENTURE


ANUGERAH VENTURE

Seorang Pengakap Venture semestinya memenuhi semua kehendak-kehendak Anugerah Pengakap Venture selepas ia memperolehi Lencana Keahlian Pengakap Venture.

Anugerah Pengakap Venture disampaikan oleh Pemimpin Pengakap Venture selepas berunding dengan Jawatankuasa Eksekutif Unit yang berkenaan.

1. Tanggungjawab

(a) Pertolongan Cemas dan Latihan Kecemasan:

(i) Tunjukkan cara-cara menghadapi kemalangan –kemalangan ringan yang berikut:

luka-luka, berdarah dari hidung, kena sengat, terbakar dan pening;

(ii) Mengetahui cara mengelakkan “sun-burning”;

(iii) Mengetahui kedudukan urat-urat nadi yang besar-besar dan tahu bagaimana hendak memberhentikan keluaran darah daripada urat-urat nadi itu;

(iv) Tunjukkan cara bagaimana hendak memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk terkejut kena karan letrik;

(v) Mengetahui bagaimana hendak menggunakan balutan tiga segi kepada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku dan balutan bergulung kepada semua anggota badan.

(vi) Tunjukkan cara bagaimana hendak menghantar berita dengan betul samada dengan lisan, bertulis atau telefon;

(vii) Tunjukkan cara bagaimana hendak mengendali tulang leher (collar-bone). Memahami mustahaknya tidak menggerak kaki yang patah. Memahami mustahaknya tidak menggerak anggota-anggota yang disyaki patah;

(viii) Mengambil bahagian sebagai seorang ahli (tidak semestinya sebagai seorang ketua) bagi satu pasukan tiga atau empat orang Pengakap Venture dan hadapi satu kejadian yang disusun oleh Pemeriksa. Kejadian itu hendaklah berasakan kepada perkara-perkara di atas dan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Semua tindakan sesuai kepada keadaan itu semestinya diambil dan Pemeriksa akan menguji dari segi ketenangan, kebijakan, tindakan betul (berita kepada doktor, polis, Pemimpin Pengakap, ibu bapa dan lain-lain) dan rawatan betul kepada pesakit di setiap peringkat.

DAN

(b) Latihan Kepimpinan;

DAN

(c) Perkhidmatan Dalam Berpengakap.

2. Percaya Kepada Diri Sendiri

3. Kegiatan

4. Penjelajahan

5. Berbaris/Rally




Lencana Anugerah Pengakap Sultan

ANUGERAH PENGAKAP SULTAN

Seorang Pengakap Venture semestinya memenuhi semua kehendak-kehendak bagi Anugerah Pengakap Sultan selepas ia memperolehi Anugerah Pengakap Venture.

Anugerah Pengakap Sultan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya selepas berunding dengan Pesuruhjaya Daerah.

1. Tanggungjawab

(a) Pertolongan Cemas dan Latihan Kecemasan:

Lulus Lencana Ambulans (seorang Pengakap Venture yang telah memperolehi Junior Certificate of the Brunei Red Crescent Society atau Bronze Medallion of the Royal Life-Saving Society dengan sendirinya lulus untuk bahagian ini).

DAN

(b) Latihan Kepimpinan:

DAN

(c) Perkhidmatan Masyarakat:

2. Percaya kepada Diri Sendiri

3. Kegiatan

4. Penjelajahan

5. Temuduga


(Disalin dari buku “Dasar, Pertubuhan dan Aturan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam”)




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

When applied in cool, wet weather, it can cause burning of the leaves and the russeting of fruit.
As much as you may want to grow radishes and lentils in your kitchen you
don't want to blemish your frugal reputation. Again, using companion planting techniques will help your organic garden flourish.

My page :: thermal