PBSM NBD Slideshow

Selasa, 3 Mei 2011

Berkunjung sambil beramal di ekspo & karnival PBSM

Oleh Sim Y. H.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang turut menghadiri majlis.

Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi menyaksikan produk-produk yang dijual di bazar jualan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei - Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam hari ini menganjurkan Ekspo & Karnival Amal Kemanusiaan serta Jalan Amal Kemanusiaan 2011 yang bertujuan untuk meningkatkan sumber kewangan persatuan itu.

Menurut Pemangku Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei Muara Haji Mohd Suhaimi Haji Ibrahim ia bertujuan untuk membolehkan persatuan menjalani pelbagai program kemasyarakatan bagi memenuhi komitmen bantuan yang mahu diberikan meliputi keperluan bantuan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Beliau dalam ucapan alu-aluannya berkata sebagai sebuah persatuan bukan kerajaan yang komited dalam sentiasa bersedia menyumbangkan tenaga dan menghulurkan bantuan khidmat kemanusiaan PBSM negara ini bukan sahaja terhad kepada bentuk bantuan dalam negara malah jika diperlukan oleh pihak International Federation of Red Cross dan Red Crescent Socities (IRFC).

Oleh itu itu katanya adalah amat penting bagi persatuan untuk meningkatkan keupayaan ahli-ahlinya dalam bidang persediaan dan pengurusan bencana, pertolongan cemas serta kegiatan-kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Haji Mohd Suhaimi berkata demikian di Perasmian Ekspo & Karnival Amal Kemanusiaan 2011.

Menurutnya program yang dikendalikan selama seminggu bermula hari ini sehingga 8 Mei adalah salah satu projek yang dirancang oleh persatuan bagi tahun 2011/2012 sebagai salah satu aktiviti sempena Hari Bulan Sabit Merah Sedunia yang jatuh pada 8 Mei.

Hadir merasmikan ekspo dan karnival ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi Haji Mohd Yussof. Majlis berlangsung di Kawasan Letak Kereta, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Ekspo dan karnival itu juga dihasratkan untuk meningkatkan sumber kewangan persatuan bagi membiayai keperluan persediaan peningkatan keupayaan ahli, memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan semangat setia kawan dan kebolehan bekerja secara berpasukan serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 9:30 pagi hingga 10:30 malam.

Pelbagai program diatur sepanjang ekspo tersebut.


- Media Permata Online, Selasa 03 Mei 2011.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I hardly drop comments, but i did a few searching and wound up here "Berkunjung sambil beramal di ekspo & karnival PBSM".
And I actually do have 2 questions for you if you do not mind.

Is it simply me or does it seem like some of the
comments appear like they are coming from brain dead
folks? :-P And, if you are posting on other online social sites, I would like to follow anything
fresh you have to post. Would you make a list of
all of your social pages like your Facebook page, twitter
feed, or linkedin profile?

my webpage; natural colo cleanse

Tanpa Nama berkata...

I am regular reader, how are you everybody? This post posted at this web page is actually
pleasant.

Here is my web site :: Acai Berry Fresh ()

Tanpa Nama berkata...

whoah this blog is excellent i love reading your articles.
Stay up the great work! You realize, many
people are looking around for this info, you could aid them
greatly.


turbo force reviews ()