PBSM NBD Slideshow

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Menyambut Hari Bendera 2011



Apakah Hari Bendera itu?

Hari Bendera ialah hari ulangtahun penubuhan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang jatuh pada 8 Mei setiap tahun. Lazimnya, nama Hari Bendera ini hanya digunakan oleh 2 persatuan iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSM NBD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Nama yang digunakan oleh persatuan-persatuan selain dari dua persatuan ini ialah Hari Bulan Sabit Merah (Red Crescent Day) dan Hari Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (International Red Cross and Red Crescent Day).




Kenapa tarikh 8 Mei itu dipilih?

Tarikh 8 Mei dipilih sebagai Hari Bendera kerana memperingati hari kelahiran pengasas, perintis dan pelopor persatuan ini iaitu Sir Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant). Beliau lahir pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Maklumat lanjut klik sini .




SELAMAT MENYAMBUT HARI BENDERA 2011!

Tiada ulasan: