PBSM NBD Slideshow

Isnin, 9 Mei 2011

The Chain of Community pupuk semangat sukarelawan belia

Oleh Yusrin Junaidi



Para peserta melakukan aktiviti memanas badan sebelum mula berjalan.


BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei - The Chain of Community dipilih sebagai tema bagi acara Humanitarian Charity Walk anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam kali ini untuk meningkatkan semangat sukarelawan dan sedia membantu di kalangan belia dalam usaha membangunkan modal insan di negara ini.


Demikian antara inti pati ucapan yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam Datin Dayang Hajah Siti Hajar Dato Paduka Hj Mohd Yusof pada acara yang berlangsung di Kawasan Dewan Serbaguna dan Bangunan Squash, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pagi ini.


Menurut beliau tenaga belia amat diperlukan dalam kegiatan sukarelawan yang mahu diterap dan wajar dijadikan amalan di kalangan golongan itu.


Walaupun ia merupakan satu persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak menjanjikan sebarang insentif berbentuk wang ringgit atau pangkat tetapi persatuan tetap bergerak dan memberi manfaat besar kepada masyarakat, katanya.


Humanitarian Charity Walk 2011 merupakan antara projek yang dirancang bagi kalendar 2011/2012 selain pelbagai lagi aktiviti kebajikan dan projek amal atau kemanusiaan.


Dalam ucapannya itu juga beliau berkata hari ini merupakan hari yang istimewa, khususnya buat ahli persatuan itu di negara ini dan juga di seluruh dunia yang sama-sama meraikan Sambutan Hari Palang Merah Sedunia.


8 Mei dipilih sebagai Hari Palang Merah Sedunia sempena tarikh lahir Henry Dunant, insan pertama yang mengasaskan persatuan palang merah dan memperkenalkan kepada dunia dengan usaha-usaha berterusan penubuhan badan kemanusiaan ini, demikian menurut Presiden Bulan Sabit Merah NBD.


Sebagai meraikan hari istimewa ini pelbagai acara disusun sepanjang hari ini yang dihasratkan untuk menambah sumber kewangan persatuan bagi membolehkannya mengendalikan aktiviti amal dan kemasyarakatan, seterusnya melaksanakan sebarang keperluan persediaan menambah baik keupayaan bagi memenuhi komitmen setempat dan juga di peringkat serantau dan antarabangsa.


Selain itu penganjuran aktiviti seperti ini juga mampu menyemai semangat setia kawan dan kerja berpasukan selain mempelajari pelbagai isu berhubungan kutipan amal, yang akan dikendalikan dari semasa ke semasa.


Menurut Datin Dayang Hajah Siti Hajar lagi sebanyak lima peratus daripada hasil kutipan dari Humanitarian Charity Walk 2011 masing-masing akan disalurkan kepada tiga badan bukan kerajaan, Pusat Persatuan Kanak-kanak Cacat, Persatuan Orang-orang Buta Kebangsaan dan Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara.


Turut hadir dan menyertai acara berjalan kaki ini selaku tetamu kehormat Pemangku Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Datin Dayang Hajah Adina Othman, Pemangku Pengarah Cawangan Daerah Brunei dan Muara, Persatuan Bulan Sabit Merah NBD Awang Hj Mohd Suhaimi Haji Ibrahim, selaku Pengerusi Humanitarian Charity Walk 2011.


Lebih 150 orang peserta terdiri daripada ahli Persatuan Bulan Sabit Merah NBD, ahli keluarga, jemputan khas dari Kementerian Kesihatan, ahli badan-badan NGO perseorangan, dan ahli jawatankuasa Humanitarian Charity Walk 2011.


- Media Permata Online, Isnin 09 Mei 2011.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks designed for sharing such a nice opinion,
piece of writing is fastidious, thats why i have read it completely

My homepage :: Best Anti Wrinkle Cream

Tanpa Nama berkata...

It's a pity you don't have a donate button! I'd without a doubt donate to this outstanding blog! I suppose for now i'll settle for bookmarking and adding your RSS feed to my Google account.

I look forward to brand new updates and will talk about this
website with my Facebook group. Talk soon!

Here is my weblog ... protein supplements

Tanpa Nama berkata...

Hey There. I found your blog using msn. This is a very
well written article. I will be sure to bookmark it
and return to read more of your useful information.

Thanks for the post. I will definitely return.


Take a look at my site Bellagenix review

Tanpa Nama berkata...

I was recommended this web site by means of my cousin.
I am now not sure whether or not this publish is written by means of him as nobody else realize such distinctive approximately my
difficulty. You're incredible! Thanks!

Also visit my web-site Money from home