PBSM NBD Slideshow

Selasa, 28 Februari 2012

LAPORAN DARI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH S. M. AWANG SEMAUN


Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Awang Semaun diiktiraf penubuhannya pada 9hb. Jun 1983 oleh Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei/Muara. Ini adalah berdasarkan bagi tujuan membentuk satu persatuan sukarela di sekolah ini.

Tahun ini ahli kami mengandungi seramai 45 orang penuntut dan 2 orang guru pengawas.

Di antara kegiatan yang dijalankan tahun ini ialah:

a. Menyertai kempen kebersihan di kawasan Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah di Ong Sum Ping dan penanaman bunga pada 1hb. Januari 1987.

b. 10 orang ahli Persatuan mengikuti pengembaraan berjalan kaki dari Belait – Tutong – Brunei pada 1hb. Hingga 2hb. Januari 1987.

c. Menyertai perbarisan raksasa sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ketiga pada 23hb. Februari 1987.

d. 4 orang ahli Persatuan bertugas di Stadium Hassanal Bolkiah bagi pameran sempena Hari Kebangsaan pada 24hb. Hingga 9hb. March 1987.

e. Memberi bantuan dan pertolongan semasa perlumbaan rentas desa Sekolah Menengah Awang Semaun pada 28hb. Februari 1987.

f. Mengadakan lawatan ke pameran Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omarali Saifuddin di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 9hb. March 1987.

g. 15 orang ahli Persatuan mengadakan lawatan ke Daerah Belait pada 28hb. hingga 29hb. March 1987.

h. Seorang ahli Persatuan menderma darah pada 7hb. April 1987.

i. Mengadakan jamuan bagi ahli Persatuan pada 27hb. April 1987.

j. Mengadakan pertandingan bolasepak di antara ahli Persatuan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah pada April 1987.

k. Mengadakan kempen membersihkan kubur Sungai Panga bersama-sama dengan pasukan beruniform yang lain Sekolah Menengah Awang Semaun pada 29hb. April 1987.

l. 3 orang ahli Persatuan akan menghadiri Perkemahan Kerja Belia Antarabangsa selama 22 hari di Republik Turki bermula pada 30hb. Julai 1987.

m. Seperti biasa pada tiap-tiap hari Jumaat bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang para ahli Persatuan belajar secara teori dan praktikal di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah di Ong Sum Ping.


Akhirnya kami berharap di tahun akan datang, persatuan kami akan terus berusaha bagi meningkatkan imej persatuan dengan lebih baik lagi dan mempergiatkan persatuan ini menyertai setiap aktiviti yang sedang dan akan diadakan bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dan berpersatuan.

Sekian.


Lapuran dari Guru Pengawas Persatuan 87

Awg. Nasib bin Ismail

Dayang Lina Goh


Tiada ulasan: