PBSM NBD Slideshow

Isnin, 18 Julai 2011

Beri khidmat terbaik

Oleh Hajah Saemah Zulkefli



Haji Menjeni (kiri) dan Salehkamal (kanan).



Di antara kakitangan perubatan yang bertugas di acara berkenaan.





KUALA BELAIT, 17 Julai - Demi keselamatan dan kesihatan orang awam sepanjang berlangsungnya Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei ke-65, Hospital Suri Seri Begawan turut terlibat memberikan perkhidmatan dengan menempatkan empat klinik di kawasan Padang Bandaran dekat sini, hari ini.


Pemangku Pegawai Jururawat selaku Penyelaras Kecemasan majlis itu, Awang Salehkamal Haji Badarudin memberitahu Media Permata, hospital berkenaan menempatkan 150 orang melibatkan doktor, jururawat dan kakitangan sokongan di sana.


Mereka ditempatkan di klinik-klinik A, B, C dan D dengan setiap satu dilengkapi dengan doktor, jururawat dan kakitangan sokongan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan jika berlaku kecemasan ke atas orang ramai. Dua puluh dua orang, termasuk 12 lelaki, dilaporkan menerima rawatan dari pagi sehingga acara berakhir kira-kira pukul 1 tengah hari lagi.


Kes-kes rawatan ke atas pesakit berkenaan adalah berdasarkan kerana kehangatan cuaca panas dan penyahidratan.


Selain doktor dan jururawat, hospital itu turut mendapat bantuan daripada Perkhidmatan Perubatan Tentera (MRS), Pusat Kesihatan Panaga dan Pusat Kesihatan Sungai Liang dengan lima jentera ambulans.


-Media Permata Online - Isnin, 18 Julai 2011.

Tiada ulasan: