PBSM NBD Slideshow

Jumaat, 8 Julai 2011

Tujuh AJK Tadbir PBSM Belait naik pangkat

Oleh Hajah Saemah Zulkefli



Penyampaian sijil-sijil kenaikan pangkat oleh Pegawai Daerah Belait Awang, Matussin bin OKS Haji Tuba.









Sesi bergambar ramai semua ahli-ahli jawatankuasa tadbir dan Pengerusi PBSM Awang Chai Yum Fatt dan Pegawai Daerah Belait Awang Matussin bin OKS Haji Tuba.



KUALA BELAIT, 5 Julai - Seramai tujuh orang di kalangan ahli-ahli jawatankuasa tadbir Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait (PBSM) telah menerima kenaikan pangkat pada Majlis Penyampaian dan Pentauliahan Pangkat yang berlangsung di Dewan Qiyadah Jabatan Daerah Belait dekat sini hari ini.


Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian dan pentauliahan pangkat-pangkat ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Matussin bin OKS Haji Tuba yang juga selaku Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait.


Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait, Awang Chai Yum Fatt yang telah dilantik sejak tahun lalu bagi sesi 2010 hingga 2012.


Semasa berucap Pegawai Daerah Belait, Awang Matussin berkata, Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Daerah Belait di bawah pimpinan Awang Chai Yum Fat telah banyak menampilkan diri bukan saja dalam skop sebagai sebuah persatuan yang membantu dalam sebarang kecemasan tetapi juga dilihatnya daripada skop lebih luas termasuk tampil memberikan bantuan kepada orang-orang daif di daerah ini.


Sehubungan itu, beliau berharap supaya usaha mereka itu akan tetap berterusan dan akan dapat dijadikan contoh yang baik kepada badan-badan bukan Kerajaan lainnya di daerah ini.


Selain itu, beliau menyeru kepada PBSM itu supaya akan sentiasa menghadirkan diri dan menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh badan-badan pertubuhan lain untuk memberikan sokongan mereka sebagai sebuah badan sukarelawan.


Antara mereka yang menerima dan ditauliahkan pangkat pada hari ini ialah Yong Kon Siew sebagai Bendahari cawangan, Yong Kiam Pin sebagai Pegawai Cawangan Kutipan Tabung, Lim Thiam Ming sebagai Ketua Cawangan Pembangunan Sosial dan Kemasyarakatan, Chiam Toon Kwang sebagai Juruaudit cawangan, Kok Per Mau sebagai Pegawai Media cawangan dan Dayang Chan Lai Miew sebagai Pegawai Kebudayaan cawangan.


Lantikan bagi kesemua ahli-ahli jawatankuasa tadbir tersebut adalah bagi sesi 2010 hingga 2012.


-Media Permata Online - Rabu, 6 Julai 2011.


Tiada ulasan: