PBSM NBD Slideshow

Ahad, 3 Julai 2011

PBSM prihatin nasib masyarakat susah

Oleh Hajah Saemah Zulkefli




Sumbangan disampaikan kepada Hajah Japun.




Chai menyampaikan sumbangan kepada Ramlee Taha.


Pegawai JAPEM dan PBSM bersama penerima bantuan.



KUALA BELAIT, 28 Jun - Dua warga emas dan sebuah keluarga yang pada masa ini menerima Bantuan Kebajikan Bulanan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) cawangan Kuala Belait, mendapat sumbangan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cawangan daerah ini, hari ini.

Sumbangan daripada PBSM itu merupakan kali kedua kepada golongan susah di Belait dan penyampainya disempurnakan Pengerusi PBSM Belait, Chai Yum Fatt.

Mereka yang menerima sumbangan berupa catuan makanan asas itu ialah Hajah Japun Haji Salim sebagai penerima pencen umur tua dari Kampung Sungai Taring Lumut, Ramlee Taha dari Seria yang merupakan penerima bantuan kebajikan bulanan JAPEM dan Cucu Taha, juga dari Seria, penerima pencen umur tua.

Majlis diadakan di Jabatan Pembangunan Masyarakat dekat sini. Ia antara lain bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat menolong meringankan beban mereka.

Sumbangan itu juga merupakan antara aktiviti jangka panjang PBSM Belait dengan kerjasama JAPEM sebagai salah satu peranan bersama badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan berkaitan dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Turut hadir di majlis itu, Ketua Cawangan JAPEM Kuala Belait Noridah Haji Ishak.


- Media Permata Online - Rabu, 30 Jun 2011.



Tiada ulasan: